
Puncak Perdana
semoga mendung lekas beredar...
angin perubahan bertiup tegar...
Rancangan Khas Sempena Cuti Sekolah : Jaguh Lasak
Mulai 8 Dis – 30 Dis 2008
Setiap Isnin - Khamis Jam 4.00 hingga 4.30 Petang di RTM 2.
Cuti sekolah kembali lagi dengan pelbagai rancangan menarik bakal disiarkan di kaca TV anda khas untuk tontonan kanak-kanak sempena musim cuti sekolah ini. Kali ini, RTM akan menyiarkan sebuah program berbentuk realiti untuk golongan remaja. Jaguh Lasak merupakan rancangan majalah yang bercorak realiti terbitan Q-Plex Communication Sdn.Bhd. memaparkan ketabahan, kegigihan dan ujian minda bagi golongan remaja yang membabitkan usia lingkungan 17 hingga 21 tahun dalam menghadapi pelbagai rintangan dalam mencapai gelaran juara.
Jaguh Lasak bakal bersiaran selama setengah jam di RTM 2 pada 8 Disember hingga 30 Disember 2008 iaitu setiap hari Isnin hingga Khamis mulai jam 4.00 petang hingga 4.30 petang.
Program yang menyiarkan sebanyak 13 episod ini turut memaparkan keindahan dan panorama yang mengagumkan dengan kehijauan hutan-hutan tropika, pasir pantai yang memutih serta deruan air sungai yang deras. Program realiti Jaguh Lasak ini bermula dengan pemilihan dua belas peserta yang akan bertanding untuk merebut juara paling lasak sama ada dari segi minda dan juga fizikal.
Peserta yang terpilih terdiri daripada pelbagai latarbelakang, pendidikan, agama, gaya hidup dan sebagainya. Kedua belas peserta yang terdiri daripada enam lelaki dan enam perempuan akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Cengal, Meranti dan Jati.
Setiap kumpulan mempunyai empat peserta iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Peserta kemudiannya akan dibawa ke tempat pertandingan di sebuah lokasi yang dirahsiakan. Dalam setiap episod, dua belas peserta akan diberikan penerangan dan penjelasan mengenai peraturan pertandingan realiti yang dijelaskan oleh seorang pengacara berbakat iaitu Wan Ellyas Abdullah.
Setiap episod dalam Jaguh Lasak menyajikan adegan peserta melalui pelbagai halangan dan rintangan yang sukar dan lasak bagi menguji kekuatan fizikal dan mental peserta. Halangan yang diwujudkan memerlukan peserta merentas hutan tebal, berenang di tasik, mendaki bukit yang licin, mengangkat bebanan yang berat dan sebagainya.
Dalam episod tertentu, kumpulan yang menduduki tempat ketiga dikenakan penalti iaitu merehatkan ahlinya untuk bertarung dalam satu episod seterusnya. Pemenang di dalam setiap episod akan menerima hadiah ganjaran berupa barangan bernilai RM 1 000.
Persaingan antara tiga kumpulan tersebut telah menyebabkan kedudukan tempat pertama silih bertukar ganti.
Markah yang diperolehi oleh setiap kumpulan akan dibawa ke episod seterusnya sehinggalah kepada episod 13 iaitu episod terakhir. Kumpulan yang manakah bakal menjuarai dalam episod terakhir ?
Saksikanlah Jaguh Lasak yang bersiaran pada 8 Disember hingga 30 Disember 2008 mulai jam 4.00 hingga 4.30 petang di RTM 2. Sebuah rancangan yang megubah corak pemikiran, membangkitkan semangat setiakawan, semangat jati diri dan menguji ketahanan fizikal dan mental menerusi cabaran-cabaran yang dilontarkan kepada mereka.
Pastikan anda meluangkan musim cuti sekolah anda dengan menonton rancangan menarik sepanjang bulan November ini di RTM 2.
Jangan mengucapkan selamat tinggal
Jika masih mahu mencuba.
Jangan menyerah
Jika masih merasa sanggup.
Jangan mengatakan tidak mencintainya lagi
Jika masih tidak dapat melupakannya.
Cinta akan datang...
Kepada yang masih mempunyai harapan
Walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada yang masih percaya
Walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai
Walaupun mereka telah disakiti.
Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan
Untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika
bertemu seseorang yang sangat bererti.
Hanya untuk menemukan tetapi pada akhirnya menjadi tidak bererti
dan harus membiarkannya pergi.
Kadangkala tidak menghargai orang yang mencintai sepenuh hati,
sehinggalah kehilangannya.
Pada saat itu tiada guna sesalan
Kerana perginya tanpa berpatah lagi
Bercinta memang mudah.
Untuk dicintai juga mudah.
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,
lebih baik cinta itu tak pernah hadir.