There was an error in this gadget

Thursday, October 22, 2009

Gelaran ; JANTAN JALANG BERTAIK




kau seorang bodoh!

ya, seorang bodoh dan sombong.
atau lebih mudah, bodoh sombong!
nak lengkap lagi?
jantan jalang yang bodoh sombong!
terima kasih dan tahniah.
kerana kau berjaya mencapai satu lagi gelaran.
kau salah!
ya, salah dan terus dipersalahkan!
oleh kerana itulah, segala pembuktian ditolak!
segala apa yang ingin diyakinkan tidak dipercayai!
tiada lagi perkataan positif.
hanya hukuman, hukuman, dan hukuman.
sekali lagi kalungan tahniah buat anda.
kesalahan, kebodohan, kebangangan...
malah kejalangan kau semakin mudah dilihat.
keyakinan, pembuktian, kepercayaan??? oh TIDAK...
semua itu tidak terpampang di muka haramjadah ni.
jauh diketepikan.
taik dah makin berselepat la kawan...
nak dicuci???
tetap juga orang nampak kesannya...
tetap juga orang hidu busuknya...
kenapa ya???
kerana taik itu di muka jantan ni...
jantan jalang yang tak pernah hilang jalangnya.
lagi sekali tahniah jantan jalang!

tapi soalan terpampang.
lelaki jalang ini tidak berperasaankah?
lelaki jalang ini tidak pernah mencuba untuk berubahkah?
lelaki jalang ini tak tau apa itu jujur? setia? sayang? dan cinta?
jika begitu, siapkan satu tempahan nisan yang berserikan taik dikelilingnya
supaya bila mati kelak, boleh dirayakan.

ya, kenapa pelik???
apa?...owh? kenapa perlu begitu?
jawapannya senang, supaya bila dah mati nanti
lelaki jalang ini akan terus dikenang kerana taiknya...
bukan kerana sifat positifnya...
ya, tiada lagi ruang untuk perkataan yang positif wahai lelaki jalang.
kau hanya seorang jantan yang tidak kenal Allah
tidak bersyukur apa yang dikurniakan
tak betul???
aahhh...semua orang memperkatakan itu.
apa lagi yang mampu kau sangkal???
apa lagi yang nak kau jelaskan.
kau memang bertaik, sesiapa yang dekat dengan kau juga akan bertaik.
bila ditanya angkara siapa taik itu.
zaaaasss...semua jari menunjuk kepadamu jantan jalang...
tahniah!!!

apa?
hati dan perasaan?
eh..taklah...
jantan jalang ini mana ada semua tu...
kan yang ada hanya perkataan negatif...
itu perkataan positif tu...
ahhh...biasalah...
jantan jalang...
apa yang perlu dihairankan....
kau nak orang faham???
siapa???
siapa yang mahu faham kau jantan?
orang yang paling kau sayang juga...
memandang taik kau, bukan apa yang ada disebalik taik tu...
apa lagi??? berubah???
hahaha, kau faham kan???
kau bertaik la jantan, kalau nak berubah pun...
siapa yang nampak???
siapa yang nak sebelahkan kau jantan jalang bertaik???
dia berbunga harum...wangi...
kau taik!!!!
kau nak orang sebelahkan kau???
jangan mimpilah la jantan!!!




Sebuah Ceritera



Hari ini aku terbaca sebuah cerita. Kisah seorang lelaki. Lelaki yang sekian lama berlari. Namun tiap kali dia bangkit dia akan kembali rebah ke bumi. Berkali kali dia mencuba, tapi akhirnya tetap terjadi perkara yang sama. Banyak kali juga, dia bertanya kepada diri dia, kenapa selalu jadi macam ni, kenapa dia terus dihukum begini dan pernah juga terlintas kesalahan dan dosa yang pernah dia lakukan. Dia telahpun mengakui kesalahannya, kesilapannya, kekhilafannya dan cuba untuk mengubah serta memperbetulkannya. Tapi lebih malang lagi, dia terus dihukum…dihukum..dan terus dihukum. Bila aku baca cerita ni, aku jadi sedih, memang macam tu ke lumrah jadi lelaki. Dipersalahkan, dikatakan tegas dengan keegoan. Seolah-olah lelaki dalam cerita tu bukan manusia yang sepatutnya diberikan ruang untuk dilihat dari sudut yang positif.


Berbalik kepada cerita tadi, ia bemula apabila lelaki ni bertemu dengan seorang gadis, wanita atau perempuan. Secara tiba-tiba, dia merasakan sesuatu yang aneh. Dulu memang dia ni kaki perempuan, bertukar pasangan, mempermainkan…tapi kali ni lain. Dia didatangi dengan satu rasa tekad untuk memiliki. Tidak lagi mahu main-main. Tambahan pula, perempuan tu datang tepat pada masa yang dia dah serik nak main perempuan dan dia sedar, dia perlu berubah, setelah karma menimpa dan menghukum dia balik atas apa yang pernah dia lakukan sebelum ni. Lelaki tu cakap dalam hati, “aku betul-betul sayangkan dia…kalau dia pun pergi jugak, ntahla…”…Macam-macam dugaan yang menimpa dia, penat jugaklah aku nak baca, tapi menarik, sangat colourful.


Setelah beberapa tempoh waktu lelaki ni bersama dengan perempuan tadi, semakin hari dia rasa dia makin sayang pada perempuan tu, setakat gaduh, salah faham tu biasalah…tapi aku tak tau kenapa, aku boleh rasa sebak pulak bila ada satu part masalah ni, lelaki ni dah nak give up dah…ye la, masalah bila di’reject’ family beb, sape tak goyang…tapi lelaki ni dapat selesaikan sampaikan family perempuan tu makin sayang kat dia…sadis tol bab tu…aku pun terkesima kejap, dasyat dugaan mamat ni… Selepas masalah tu selesai, makin hari hubungan tu makin erat, sayang makin bertambah…aku senyum sorang-sorang bila baca part yang diorang ni spend time together, dari mula dorang declair kat satu rumah tu, hujan renyai plak time tu…pastu dorang pergi sana, pergi sini sama-sama, bila gaduh, pujuk…g shopping, celebrate birthday…yang paling aku tak leh tahan senyum bila aku baca time diorang sambut anniversary, dorang g beli sepasang cincin, even tak mahal tapi bagi diorang sangat bermakna. Bak kata kawan aku yang pelat ‘s’…”sweeettt sanggaatt”…hahahaha…


Tapi entah kenapa, hujan selalu datang bila tengah elok panas…mungkin sebab takdir, manalah manusia mampu nak lawan. Satu hari lelaki ni wat silap, biasalah, manusia…tapi kerana kebodohan lelaki ni jugak la… so bergaduh la lagi…tapi kali ni gaduh dah bukan manja-manja dah…ni gaduh betul…Dasyat gak la…Yang tak bestnya, sejak tu ada je yang tak kena…selalu salah faham, tu tak kena, ni tak kena…sampai lelaki tu berkeras dan tak sengaja dah mengasari perempuan tu…Bangang betul jantan ni…Memang bangang pun…Tapi ntah, macam aku cakap, last-last lelaki jugak yang akan disalahkan…pelik…Sedangkan dari apa yang aku baca, perempuan tu pun ada salah gak…tapi ikut kefahaman aku, mungkin lelaki sememangnya kena macam tu…atas nama tanggungjawab mungkin…ntahla…


Ok, sambung balik cerita, satu hari tu, dalam awal pagi jugak la, lelaki ni telefon awek dia ni…ye la, dalam gaduh-gaduh pun..sayang tu tetap sama, tak kurang pun…ye la, bila dah sayang betul-betul, susah nak padamkan…dorang pun berbual pasal hubungan dorang…apa yang aku tau, lelaki ni memang sayang sangat kat awek dia, dan awek dia pun sayang kat dia gak…tapi ntah macam mana, timbul soal berpisah…aduuuhhh…bab ni yang aku paling tak suka baca…aku rasa ada jalan lain yang boleh diambil kalau fikir elok-elok…tapi, awek mamat ni da decide keputusan muktamad…dia nak break…tersentak lelaki ni, sebab time dorang happy-happy dulu, dorang sama-sama janji…”apa pun yang terjadi, kita takkan ungkap perkataan berpisah, itu janji kita…” Dengan hujan lebat, dan jarak rumah yang agak jauh, ditambah lagi time tu tengah pagi…lelaki tu terus gerak pegi jumpa perempuan tu, nak berbincang, nak pujuk balik supaya perempuan tu tarik balik keputusan dia, tapi perempuan tu dah nekad…tetap nak break even dorang sama-sama masih sayangkan each other…Puas lelaki tu merayu, tak pernah-pernah lelaki tu nangis depan perempuan, malam tu depan awek yang paling dia sayang, airmata dia mencurah-curah keluar…sebab dia betul-betul sayangkan awek dia…yang bagi aku lagi tambah sebak, bila dorang break di rumah yang sama time dorang declair, dan time tu jugak hujan renyai…suasana yang sama tapi perasaan yang berbeza…sadis…


Tak habis dengan tu…kawan baik kepada lelaki tu (yang juga seorang lelaki) tiba-tiba nak jumpa dia…nak cakap pasal hal tu la…rupanya, dugaan bertambah…dah la mamat ni baru lepas break, bleh plak dapat tau yang cerita pasal dia break dah ramai yang tau…dan…kebanyakan pihak menyalahkan dia hanya kerana kisah lama dia…aku yang baca pun boleh jadi geram…ye la…patut-patut la…cuba la selidik dulu, paling tidak pun, berfikirlah sekejap dari sudut positif…ini tak, terus cakap yang mamat tu kaki perempuan lah, curang lah, penipu lah…cuba tanya, kenapa lelaki tu jadi macam tu, kenapa dia buat camtu…aduhai, manusia-manusia…selagi boleh dipendekkan akal, selagi tu lah dia nak pendekkan fikiran… cuba bayangkan kalau kita kat tempat dia…tak ke haru biru…manusia beb, tak lari dari wat salah, yang paling penting, tolong betulkan bila ada salah…jangan ikut suka hati mak bapak je nak hukum-hukum orang…hish, geram betul aku bila baca bab ni…


So itulah ending cerita ni…tragedi gak la…lepas aku tutup buku tu, aku terdiam…aku termenung…dalam tak sedar, aku rasa pipi aku basah, hingus aku tiba-tiba cair…eh, aku nangis doi…aku tertanya-tanya, apa la yang jadi kat lelaki tu…kalau buku tu ada sambungan dia…aku nak sangat tau, apa yang jadi seterusnya….ow, aku lupa nak bagi tau, buku ni takde jual kat mana-mana book store...hanya orang tertentu yang akan dapat baca buku ni.