Tuesday, May 26, 2009

Kesakitan Rindu



aku bersimpuh di tirai ini

tak mampu lagi kaki ini menapak dan berdiri
resah yang entah mana penghujung
memaut erat naluriku yang kian rebah
meniti hari-hari dan menanti
erti sebuah penghujung kesakitan

disaat kejauhan jarak ini
aku cuba menepis gundah dan hasutan
yang kian hari semakin bersilih ganti
merangkul fikiranku dengan seribu andaian
antara kerinduan, kejujuran dan kesetiaan


kamar sepi ; 26 mei ; 11.02 pm


Wednesday, May 20, 2009

Kembali Ke 10 Tahun Yang Lalu



aku rindu nk lakukan aktiviti ni
menggagau ikan atau dalam versi jawanya
"menggogoh"
mengimbau balik zaman aku mula mengenal dunia
biarpun insan yang mula2 mengajak aku melakukannya
telah tiada di dunia ni...al-fatihah
dan hari ini
aku rasa seperti aku berada
di masa 10 tahun yang lalu..

.
alhamdulillah
aku masih kenal diriku
aku masih belum jijik dengan parit dan lumpurnya...



sebahagian dari hasil tangkapan : haruan, sepat, puyu, keli, belida.




Tuesday, May 19, 2009

Hari Lahir Hero !!!



hero kami dah berumur 50 tahun, yey!

biarpun xdapat celebrate grand2...
tak boleh baling2 telur n tepung ( mestila, papa kot... )
tp tetap hepi sebab papa hepi...
semoga terus bjaya, murah rezeki, panjang umur...
50 tahun da bley timang cucu ni...
lalalala~ ( sambil aku tersenyum sinis... )



maaf jika gambar agak seksi
sebab waktu kejadian adalah pukul 12.05 pagi.


HAPPY BIRTHDAY PAPA HERO !!!




Monday, May 11, 2009

Terungkai Sebuah Epik


akhirnya semuanya selesai...
biarpun sekadar penilaian akhir subjek,
namun sepenuh hati kami sempurnakannya...
kepuasan dan kesyukuran...
kerana kami diberi lagi sesuatu yang indah,
pengalaman...


jutaan terima kasih
kepada semua yang telah menjayakan...

DRAMATARI EPIK CINTA
RAMAYANA & SITADEWI




Rentetan Peristiwa



at the end, aku dapat juga menitipkan nukilan di sini.

lama sungguh rasanya tak menaip macam ni.
selepas berperang dengan masa, tanggungjawab dan komitmen,
akhirnya aku dapat jugak peluang nk update blog ni
macam ape yg aku dah janjikan.
maaf, mungkin apa yang aku update nanti benda dah lepas,
tapi bagi aku, semuanya ada nilai sentimental.
antara kenangan dan pengalaman...



Tuesday, May 5, 2009

Epik Cinta Ramayana & Sitadewi



Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik

dengan kerjasama
CENDEKIA SEMENDA C&E MANAGEMENT
dan
PARA PELAJAR CT 113 - Diploma Teknologi Kreatif ( Seni Lakon )

mempersembahkan

sebuah DRAMATARI epik cinta
RAMAYANA & SITADEWI


8 MEI 2009 ( 8.30 PM )
9 MEI 2009 ( 3.00 PM & 8.30 PM )

TAMAN BUDAYA, KUALA LUMPUR

*masuk percuma dengan sumbangan pembelian buku program ( RM10 )
sebarang pertanyaan hubungi KHAIRIE - 012 9332284




Powered By Blogger