Saturday, May 8, 2010

SELAMAT HARI IBU



sebuah lembaran putih suci
dengan gemalai kasih kau ukirkan kehidupan
agar indah untuk menjadi sebuah kebanggaan
yang akan menjunjung maruah
hingga ke akhir zaman...

namun ada kalanya
warna yang terhasil tidak seindah yang diharapkan
mungkin kerana kedegilan, keegoan
namun tangan itu masih tidak berhenti menitipkan ukiran
malah bertambah rapi dan teliti lembaran putih itu dicorakkan...

tetapi apabila tiba masanya
semua itu hanya akan menjadi bekalan
kerana pilihan datang untuk mencapai keputusan
betul salahnya, terpulang pada bijaksananya membuat perhitungan...

dengan rasa sayang, cinta dan kasih
sekalung terima kasih aku berikan
kerana terciptanya aku dari paduan kasih cintamu
lahirnya zahir ini kerana ketabahan zahirmu
walaupun aku tahu
takkan terbalas semua itu...

bonda, selamat hari ibu...
kaulah sahabat, teman, dan kekasihku...

~MAK
~MAMA
~MAK LEHA
~IBU



Powered By Blogger