Thursday, December 31, 2009

Luruh

bibir terkatup.bergetar.
dada sempit.sesak menghimpit.
nadi berdetik laju.
jemari menggeletar.gemuruh.
darah deras ke kepala.
tubuh longlai.tiada bermaya.
tak mampu berdiri.
mata berkedip lesu.
air jernih bergenang.
tak mampu berkata.
tersentak.
hati, perasaan...luruh.

Wednesday, December 30, 2009

Menanti Secebis Hembusan Bayu

Sejenak kaku
Tatkala melihatkan dari kejauhan
Semarak api yang menjilat kepercayaan
Yang bisa memusnah tembok terbina

Kian cuba dicurah dengan limpahan kata kasih
Dari empangan penakung cinta sayang
Harapan agar segalanya kembali reda bersama ketenangan
Kembali subur mekar di denai perasaan

Namun sehingga kini masih muncul kata-kata pertanyaan
Yang seolah-olah enggan menerima kepulangan
Hanya kerana kekhilafan naluri seorang insan
dan kelekaan petah lisan seorang manusia lemah

Entah bila...
entah bila akan pulangnya
Secebis hembusan bayu yang akan meranapkan kecelakaan ini
agar bisa ia berubah kembali
pada landasan kasihnya
yang tetap berdiri, setia menanti...

Saturday, December 19, 2009

To Love Somebody



There's a light

A certain kind of light

That never shone on me

I want my life to be

To Lived with you, To lived with you

There's a way

Everybody say’s

To do each and every little thing

But what does it bring

If I ain't got you, I ain't got you

Baby, You don't know what it's like

Baby, you don't know what it's like

To love somebody, to love somebody

The way I love you

In my mind

I see your face again

I know my frame of mind

You ain't got to be so blind

I'm blind, so very blind

I'm a man

Can't you see what I am

I live and breathe for you

But what good does it do

If I ain't got you If I ain't got you Baby

Baby, You don't know what it's like

Baby, you don't know what it's like

To love somebody, to love somebody

The way I love you


~fahamilah, percayalah
tak pernah terlintas pun aku
untuk melukakan...
melupakan...
mengetepikan...
mengabaikan...
namamu sentiasa yang teratas...


Monday, December 7, 2009

Isu Akhil Hayy ; Siapa Kita ???


perrghh...makin dasyat peranan manusia sekarang.
dah boleh mengklasifikasikan orang mengikut rasa dan kemahuan...
dah boleh menghukum orang mengikut daya upaya yang sekelumit...

itu pun pinjam...dah mati kang pulang balik...
suka aku mengingatkan...
aku menulis kenyataan ni bukan untuk menghebahkan yang aku ni bijak...
jauh sekali untuk mengatakan aku ni sempurna...
malah aku tak berpihak pada mana2 pun...

dan aku pun bukan pejuang mana2 parti...
parti sawah bukan...parti laut pun bukan...
tapi aku merenungnya dari sudut seorang manusia biasa...


aku teringat satu artikel di salah sebuah akhbar tempoh hari, lalu aku mencari keseluruhan ceritanya di internet (malas nak beli newspaper...) Terpampang tajuk yang aku baca tu, bunyiknye macam ni..."AKHIL HAYY TAK LAYAK"... kata mereka... Ustaz Akhil Hayy Rawa Al-Hajj (aku masih mahu memanggilnya dengan panggilan ustaz)... seorang yang cetek ilmu agama, tak layak duduk di pentas dakwah... tak layak menyumbang ilmu...tak layak untuk menegur...
hanya kerana apa??? kerana sedikit kekhilafannya...
ya...dia melakukan sedikit kesilapan... hal ini kerana di dalam badannya mengandungi roh manusia... bukan cahaya atau nur malaikat... mahupun roh sebagai seorang nabi... dia manusia...yang tak terlepas dari kesilapan... iaitu salah satu medium dugaan dari Allah untuknya... yang menjadi persoalannya adalah SIAPA KITA???? yang dengan mudah mengatakan dia tidak layak... TUHAN kah? satu soalan yang menguji benak aku, jika secara undang-undang yang dicipta manusia... dia bersalah kerana dikatakan tiada permit atau kebenaran atau haramjadah apa sekalipun... mengapa perlu dihukum sebegitu rupa??? mengapa perlu meletakkan dia sebagai seorang yang terhina??? dah la takde penelitian latar belakang dia, main sembur je, janji puas... ye lah...sebelum ni kan bontot panas je kene sindir, bila orang tu buat silap je... apa lagi...hukum lah... tapi jangan lupa kawan, ada yang lebih MAHA nak hukum kalian... bagi aku, sindir, kutuk, dan hina... adalah perkara yang berbeza...

sindir = kata2 teguran untuk menyedarkan

kutuk = mengatakan perkara2 yang buruk tentang seseorang

hina = melemparkan kata2 kurang enak

jadi, fikir2lah... ya...dia melanggar undang2... tapi untuk apa???? berjudikah? menyuap manusia lain dengan najis rasuah kah? meminta wanita kelab malam tidur bersama kah? untuk BERDAKWAH bukan??? bro, kalau kau betul seorang yang beragama... bila orang nak berubah, nak sebar dakwah... kau sokong, bukan sekat... bukannya kau ungkit dia dlu penyanyi rock la... apa la... fikir jap bro, penyanyi yang dah terang2 kena tangkap pasal dadah banyak kali kau boleh support... yang dah bpuluh tahun tinggalkan rock, kau kutuk2...

owh...salah jugak??? ok, mulai skang wat majlis tari menari...PASS!!! wat suap menyuap rasuah...PASS!!! joget lambak...PASS!!! majlis ceramah agama AKHIL HAYY ??? PANGKAH!!!! program suara ulama??? PANGKAH!!!!

~bagus, tambah lagi satu tanda besar kiamat. tak payah kecoh2 dengan filem 2012...
bukak je tv ngan paper malaysia sudah... semua tanda2 besar...
~untuk ustaz akhil, kuatkan semangat untuk dugaan2 ini... Allah sedang melihatmu... kerana itu ujian diturunkan... TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!


Tuesday, December 1, 2009

Praktikal ; Kesunyian Yang Bererti


celik je mata...ruang yang aku lihat bukan lagi ruang bilik aku mahupun ruang hostel aku...ruang tu merupakan ruang rumah yang aku tumpang...sementara aku giat menimba ilmu melalui sesi praktikal slama sbulan ni...(sebulan je pun...) trun ke tingkat bawah...aku akan tengok keriangan tiga orang kanak2...abid, azib, dan arif...ketiga-tiganya ber'bin'kan mohd hafiz askiak...pensyarah, atau lebih tepat lagi...penyelia latihan praktikal aku...aku kira-kira...dah dua minggu aku menetap kat umah dia...cantik, ringkas, kemas...dan...tenang....pandai dia pilih lokasi rumah...tak jauh beza dari rumah aku...banyak input yang aku sedut bila hari-hari aku berada dengan dia...pegi keje, duduk kat office...dan keje-keje yang aku dapat...bahagian pengurusan...wah! perkembangan...aku tak pernah terfikirpun yang aku akan buat kerja-kerja macam ni...menyiapkan surat, minit mesyuarat, berhubung dengan orang pejabat fakulti...yang sebelum ni malas aku nak jumpa...sebab banyak songeh...hahaha...tapi alhamdulillah...ok kot...bila habis waktu keje...balik rumah...kalau ada masa, kami bersembang panjang...tentang macam-macam topik...hidup, cinta, masa depan...aku rasa macam lengkap pakej praktikal aku...siap ada masa tambahan lagi kat umah...tak hanya kat pejabat...alhamdulillah...keputusan aku untuk praktikal hanya kat fakulti, berbaloi...tanpa memikirkan tentang payment, gaji, even tentang markah praktikal aku pun...sebab bagi aku, aku seronok bekerja...aku buat apa yang aku minat...macam apa yang papa pesan, "bila kita seronok buat kerja, hasilnya ikhlas..."aku tak dapat nafikan, memang sunyi...takde kawan, nak keluar umah pun segan...ye la, umah orang, takkan aku nak buat macam umah, yang dalam agreementnnye nama aku...kan ??? so internet je peneman aku, paling tak pun, PSP anak en. hafiz...hahaha...layan je...bila aku duduk sorang-sorang macam ni...aku rasa seperti aku mempunyai masa yang lapang untuk aku berfikir tentang segalanya...semuanya...menganalisis kesilapan, kesalahan...mengenang keindahan...kadang-kadang menangis memikirkan diri sendiri yang masih banyak lubang kosongnya...dan aku tau, airmata belum cukup untuk memperbaiki semua tu...dengan apa yang telah dikurniakan, sedikit demi sedikit aku belajar. aku belajar dari kesepian ini...aku belajar dari kesunyian ini...ada masanya kita perlukan teman...ada masanya kita perlu bersendiri...aku menerimanya...
Powered By Blogger