Monday, December 7, 2009

Isu Akhil Hayy ; Siapa Kita ???


perrghh...makin dasyat peranan manusia sekarang.
dah boleh mengklasifikasikan orang mengikut rasa dan kemahuan...
dah boleh menghukum orang mengikut daya upaya yang sekelumit...

itu pun pinjam...dah mati kang pulang balik...
suka aku mengingatkan...
aku menulis kenyataan ni bukan untuk menghebahkan yang aku ni bijak...
jauh sekali untuk mengatakan aku ni sempurna...
malah aku tak berpihak pada mana2 pun...

dan aku pun bukan pejuang mana2 parti...
parti sawah bukan...parti laut pun bukan...
tapi aku merenungnya dari sudut seorang manusia biasa...


aku teringat satu artikel di salah sebuah akhbar tempoh hari, lalu aku mencari keseluruhan ceritanya di internet (malas nak beli newspaper...) Terpampang tajuk yang aku baca tu, bunyiknye macam ni..."AKHIL HAYY TAK LAYAK"... kata mereka... Ustaz Akhil Hayy Rawa Al-Hajj (aku masih mahu memanggilnya dengan panggilan ustaz)... seorang yang cetek ilmu agama, tak layak duduk di pentas dakwah... tak layak menyumbang ilmu...tak layak untuk menegur...
hanya kerana apa??? kerana sedikit kekhilafannya...
ya...dia melakukan sedikit kesilapan... hal ini kerana di dalam badannya mengandungi roh manusia... bukan cahaya atau nur malaikat... mahupun roh sebagai seorang nabi... dia manusia...yang tak terlepas dari kesilapan... iaitu salah satu medium dugaan dari Allah untuknya... yang menjadi persoalannya adalah SIAPA KITA???? yang dengan mudah mengatakan dia tidak layak... TUHAN kah? satu soalan yang menguji benak aku, jika secara undang-undang yang dicipta manusia... dia bersalah kerana dikatakan tiada permit atau kebenaran atau haramjadah apa sekalipun... mengapa perlu dihukum sebegitu rupa??? mengapa perlu meletakkan dia sebagai seorang yang terhina??? dah la takde penelitian latar belakang dia, main sembur je, janji puas... ye lah...sebelum ni kan bontot panas je kene sindir, bila orang tu buat silap je... apa lagi...hukum lah... tapi jangan lupa kawan, ada yang lebih MAHA nak hukum kalian... bagi aku, sindir, kutuk, dan hina... adalah perkara yang berbeza...

sindir = kata2 teguran untuk menyedarkan

kutuk = mengatakan perkara2 yang buruk tentang seseorang

hina = melemparkan kata2 kurang enak

jadi, fikir2lah... ya...dia melanggar undang2... tapi untuk apa???? berjudikah? menyuap manusia lain dengan najis rasuah kah? meminta wanita kelab malam tidur bersama kah? untuk BERDAKWAH bukan??? bro, kalau kau betul seorang yang beragama... bila orang nak berubah, nak sebar dakwah... kau sokong, bukan sekat... bukannya kau ungkit dia dlu penyanyi rock la... apa la... fikir jap bro, penyanyi yang dah terang2 kena tangkap pasal dadah banyak kali kau boleh support... yang dah bpuluh tahun tinggalkan rock, kau kutuk2...

owh...salah jugak??? ok, mulai skang wat majlis tari menari...PASS!!! wat suap menyuap rasuah...PASS!!! joget lambak...PASS!!! majlis ceramah agama AKHIL HAYY ??? PANGKAH!!!! program suara ulama??? PANGKAH!!!!

~bagus, tambah lagi satu tanda besar kiamat. tak payah kecoh2 dengan filem 2012...
bukak je tv ngan paper malaysia sudah... semua tanda2 besar...
~untuk ustaz akhil, kuatkan semangat untuk dugaan2 ini... Allah sedang melihatmu... kerana itu ujian diturunkan... TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!


No comments:

Powered By Blogger