Saturday, June 27, 2009

Perginya Seorang Idola Menjadi Sebuah Lagenda




terkesima aku sebentar

tatkala aku terdengar
sahabat2 aku...
berbual tentang seseorang...
yang berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ku...
disayangi dan digilai segenap manusia
raja pop di mata masyarakat dunia
telah menghembuskan nafas terakhirnya...

dia yang sejak aku kecil
mengajuk gaya nyanyiannya
meniru gerak tarinya
kagumi keunikkan gayanya
hari ini...dia telah tiada

dia ditimpa pelbagai petaka
dugaan, cubaan dan nista
yang kita sebagai masyarakat
tidak tahu keseluruhan kebanarannya
hanya disogok dengan khabar2
yang entah palsu atau benar
namun aku yakin...
smua terjadi ada iktibar



kau rebah tatkala di puncak
alunan 'billie jean' semakin sayup
tiada lagi 'thriller' bergegar gempita
tiada lagi indah 'neverland'
harapan, impian...musnah
namun kau tetap cuba berdiri
sambil terus dihentak kontroversi

rupanya ada yang memerhati
yang maha Esa
mahu kau mencari sinar kembali
kekandamu menjadi saksi
di landasan murni, akhirnya kau berdiri
berserah diri...mencari sesuatu yang pasti

ramai yang menangisi
kerana sememangnya akan merindukan
keunikan, gaya, dn dirimu
ramai yang kecewa...

menantikan kemunculan semula
yang tidak kesampaian...
kerana Dia lebih menginginkan kau
untuk pulang ke sana...

angka 50 menjadi noktah
syurga dunia telah puas kau terokai
sanjungan, laungan, jeritan...
tidak lagi kau dengari
kini kau bersendiri...menghitung amali...
alhamdulillah...
dalam islam kau bersemadi...
semoga kau dirahmati
amin...



dalam memori
1958 - 2009
Mikaael @ Micheal Jackson
Al-Fatihah




Tuesday, June 23, 2009

Bertemu 'Azura' Di DBP



pada 17 Julai lalu

aku ke Dewan Bankuet DBP
sempena sidang media teater perdana
Intan Yang Tercanai.
aku bersama rakan-rakan
dan pensyarah, En. Hafiz Askiak
diberikan peluang mempersembahkan
lagu tema teater tersebut pada hari tu.

sebelum tu, aku tak pernah tau
yang teater ni ada penampilan istimewa
yang membariskan nama-nama besar
dalam industri seni negara.
yang aku tau pun, pensyarah kesayangan aku terlibat,
Pn. Norzizi Zulkifli.
sekali bila aku sampai sana...tu diaaa...
ada kak ogy ngan juhara ayub...
hehehe...


( dapat gak aku snap pic ngan 'azura' ni )

aku smpat mngusik...
"cepat2, amik gmbar aku ngan azura..."
pas snap, kak ogy pun blas...
"trima kasih, zack..."
hadoi....hahaha...
memori2...

apa yg penting show da nk dkat...
feedback dr tetamu tntang vokal dn lagu tema tu...
alhamdulillah...masih boleh dipertingkatkan...
usaha akan diteruskan
dalam memartabatkan industri teater kat malaysia
yang skang smakin mndapat sambutan.

dtglah beramai-ramai
menonton teater perdana DBP...
INTAN YANG TERCANAI



Saturday, June 13, 2009

Lagu Tema ' Intan Yang Tercanai '



Dihimpit cinta

Nurani jiwa
Yang tak terluahkan
Dengan kata-kata

Dihimpit rindu
Resah di kalbu
Tak tertahan rasa
Menanggungnya

Tuhan
Mampukah ku cari
Agar dapat ku lafazkan segalanya

Kasih
Ke mana kau pergi
Hadirlah di fana nyataku

Berikanku satu saat
agar mampu ku ungkapkan
Intan yang tercanai...


Lagu : Hafiz Askiak
Lirik : Syaiful Bahri & rakan
Vokal : Anas, Syaiful, Ariff, Ain, Liyana, Datu Hazriel, Fasyali



Jika Mustahil Pada Tersurat, Carilah Pula Apa Tersirat





8 - 12 JULAI 2009
BALAI BUDAYA, TUN SYED NASIR, DBP
RM20 ( 50% potongan kepada warga emas, OKU, dan pelajar )


Drama ini mengangkat keperibadian seorang wanita unggul bernama Ungku Intan Anis atau dibahasakan Ungku Anis. Ungku Anis, seorang yang bijak, menawan dan sensitif. Dia bersahabat dengan Danial Sundaram sejak di bangku sekolah lagi dan terus akrab semasa di luar negara. Danial tidak mempunyai fahaman agama yang jelas walaupun dia pernah mengarak kavadi semasa perayaan Thaipusam penganut agama Hindu semata-mata untuk memenuhi nazar ibunya. Danial yang pernah belajar perbandingan dan psikologi agama di universiti sedang dalam pencarian sebenarnya.
Keperibadian Ungku Anis yang luar biasa hingga sanggup datang bersama kawan-kawannya pada hari Danial menanggung kavadi menyentuh dan mengharukan hati Danial. Bukan itu sahaja, Ungku Anis juga terlibat dalam kerja-kerja sosial, membantu orang miskin di kampung malah hingga sanggup bersama-sama misi Kristian membantu orang di Guatemala dan negara-negara Afrika.
Dalam usia muda Ungku Anis ke Makkah, tetapi Ungku Anis telah hilang dalam peristiwa Terowong Al-Mu’aysam yang mengorbankan 1,426 jemaah haji. Sama ada dia terkorban, tiada siapa yang tahu kerana Ungku Anis tidak pernah ditemui selepas itu.
Kehilangannya telah mendorong Danial kemudiannya ke Makkah untuk mencari sahabat yang sangat dikasihi itu. Ada orang yang mengaku melihat kelibat wanita seperti Ungku Anis di Makkah. Danial bertemu seorang lelaki, Haji Fadzil di Makkah yang mengatakan dia pernah membantu Ungku Anis semasa peristiwa Terowong Al-Mu’aysam. Haji Fadzil pada suatu hari telah membawa Danial ke Gua Hira’ untuk menemui Ungku Anis.
Drama ini mengupas isu kemanusiaan dengan halus dan dengan lapisan makna yang perlu ditafsirkan. Drama ini juga mengangkat sikap manusia yang dalam pencarian erti kebenaran. Dan juga bagaimana manusia-manusia yang hilang sifat kemanusiaan ketika dalam ujian musibah sedangkan selama ini sifat itulah yang diajarkan dan disemai ke dalam diri mereka.



Powered By Blogger