Sunday, November 30, 2008

Kejiwangan & Kebungaan



Jangan mengucapkan selamat tinggal

Jika masih mahu mencuba.

Jangan menyerah
Jika masih merasa sanggup.

Jangan mengatakan tidak mencintainya lagi

Jika masih tidak dapat melupakannya.


Cinta akan datang...


Kepada yang masih mempunyai harapan

Walaupun mereka telah dikecewakan.

Kepada yang masih percaya

Walaupun mereka telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai

Walaupun mereka telah disakiti.

Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan

Untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika

bertemu seseorang yang sangat bererti.

Hanya untuk menemukan tetapi pada akhirnya menjadi tidak bererti

dan harus membiarkannya pergi.


Kadangkala tidak menghargai orang yang mencintai sepenuh hati,

sehinggalah kehilangannya.

Pada saat itu tiada guna sesalan

Kerana perginya tanpa berpatah lagi


Bercinta memang mudah.

Untuk dicintai juga mudah.

Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai

itulah yang sukar diperoleh.

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,

lebih baik cinta itu tak pernah hadir.




Tuesday, November 25, 2008

Lahirnya Cahaya

alhamdulillah...doa mak aku nk cucu perempuan termakbul.
bkan satu, tp 2 orang dalam jarak beberapa bulan je.
aku gmbira bila mak aku gmbira.
mmg da lama dia inginkan cucu perempuan.

gambar ni aku snap time kenduri cukur jambul.
atau kenduri berzanji & marhaban.
cuma aku terkilan, aku bwak dua kmera.
handycam satu, digital satu, tp cam haram !!!
yg satu head dia kotor dn aku cari cleaning tape xde.
yang satu lg aku lupa cas.
bukan salah kamera, salah aku, bingai !!!
naseb baek akak aku ada kmera lagi.



NUR NAJLA SYAZANA BT MOHD SHAHFIK

ini anak sulung akak aku yg no 4.
time mngandungkan dia, akak aku sakit teruk.
muntah-muntah, xlarat makan.
biase la sakit orang mngandung, anak prtama lak tu.
aku duk umah dia time dia sakit tu.
dia punya sakit, sampai aku sgan nk duk kat umah dia lma2.
tapi akak aku bertuah, dapat seorang suami yang penyabar.
aku kagum ngan abang ipar aku sorang tu.
akak aku mngamuk time mngandung tu pun, dia cool je.
dia mengajar aku memikul tanggungjawab
sebagai sorang lelaki.
maklumlah...dorang bercinta bkan sekejap,
sejak dr form 5 kalau tak silap aku, lapan tahun beb...
sape ckap cinta monyet tak leh sampai atas pelamin.
lagi satu, aku suka nama anak buah aku ni.
sebab ???
biarlah aku saja yang tau...



NURFASYA FASYURA BT FASAZMAFAZLI

ni plak, anak no 2 akak aku yang no 5.
( banyaknye nombor ??? )
lahir awal beberapa bulan dr yang atas td.
time mengandung, alhamdulillah, xde problem sangat.
sebab akak aku yang ni sempoi, dia cool je time mengandung,
siap bleh jalan2, shopping2.
hahaha...bagus2...
gpun akak aku yg sorg ni
memang kat luar nmpak snyum je, gelak je.
tp apa yg ada dlam hati, orang lain takkan tau.
sbb, bg dia...

"dalam hidup ni, ko pusing macam mana pun,
masalah tu tetap akan ada...
so, drpd ko mgeletik tak tentu pasal,
baik ko senyum je...tau2 masalah dah settle
"

dia mngajar aku untuk hadapi masalah.
bkan dengan cara yang bukan2...
memang, ada kalanya kita akan rasa
sangat tertekan dengan masalah,
tp hnya kita tetap kna wat kputusan.
kesan kemudiannya yg akan menilai,
sjauh mana bijaknya kita wat keputusan.
kalau tepat, alhamdulillah,
kalau silap, kita betulkan,
& dapat bonus pengalaman
.
simple kan ???
watpe nk telan panadol byak2,
terjun2 bangunan...

thx kak, aku syg ko !!!

aku doakan kita bahagia sampai hujung nyawa.
khususnya pada akak-akak aku ni
dan secara amnya pada keluarga dan adik beradik aku.
tak lupa buat arwah bapak.
smoga dia tenang dan bahagia di sana.
AL-FATIHAH

~masalah seng cilik, usah digedi2 neh,
kito podo ae kabeh...
jenengnge manusio, podo-podo eneng salah silap
~



Sunday, November 23, 2008

Aku Rindu..Paduan Irama Itu



aku rindukan irama itu
aku rindukan sayup tiupan itu
aku rindukan alunan paluan itu
aku rindukan gemersik petikan itu
aku rindukan eratnya paduan itu

tapi aku merasakan
irama itu tiba-tiba sumbang
sayup tiupan itu tiba-tiba kelam
alunan paluan itu tiba-tiba pincang
gemersik petikan itu tiba-tiba hilang
erat paduan itu tiba-tiba goyah & kian renggang
kerana sudah ada yang merasakan
mereka telah berdiri megah di satu kedudukan
sedangkan megah itu hanya menyaluti
goyah yang kian menjalar dari dalam


"bila mereka berkata TIADA,
bukannya TIADA sebenarnya,
yang TIADA ialah KATA-KATA yang benar,
kerna yang TIADA itu ialah ENGKAU"



lalu aku membawa diri
bukan bersama benci
bukan bersama dengki
tapi aku mahu mereka mencari
kemana hilangnya 'satu hati'
yang pernah sama mengukir janji
yang pernah sama perit mendaki
yang pernah sama menzahir inspirasi

aku terus menanti
aku terus memerhati
adakah berjaya mereka dapatkan kembali
satu paduan itu ?
satu hati itu ?
satu sefahaman itu ?

kerna aku telah berjanji
jika itu ditemui
aku akan kembali...



Puncak Perdana FC


(atas) dari kiri : lee, anas, meor, din, syuq, ja'a, ijal, lan, wafiy
(bawah) dari kiri : pecoi (C), atoi, syafiq, wan landak, man, ahtek, radhi, kalut



inilah barisan pemain yang bakal mewakili
Kolej Puncak Perdana ke Liga UiTM tahun hadapan.
pada awalnya pasukan ini diberi nama Chunkie United
tetapi terpaksa di ubah ekoran keputusan mesyuarat
yang diadakan di UiTM Induk, Shah Alam.
buat sementara, skuad kendalian
pengurus pasukan, Wan Chel ini
menggunakan nama
Puncak Perdana Football Club (PPFC)

gambar ini dirakamkan ketika pasukan ini
berkunjung ke Tanjong Karang

untuk menjalani satu siri perlawanan persahabatan
menentang pasukan Pilihan Tanjong Karang
yang berlangsung di
Padang Latihan Kejuruteraan Pertanian
Tanjong Karang.

selain dari perlawanan ini
pasukan ini turut menjalani beberapa lagi
perlawanan persahabatan bagi mempersiapkan
pasukan untuk mengharungi Liga UiTM musim hadapan.
berikut adalah antara keputusan perlawanan

Putra Subang vs PPFC : 5-2
Pilihan Tg. Karang vs PPFC : 3-3
SMS Polis vs PPFC : 1-0
(Perlawanan Dihentikan kerana berlagu insiden pergaduhan)

beberapa pemain turut dipinjamkan
untuk menimba pengalaman
dan beraksi bersama pasukan Putra Subang
dalam suatu kejohanan
yang berlangsung di Wisma F.A.S.

banyak lagi perubahan yang perlu dilakukan
dan sama-sama kita mendoakan kejayaan pasukan ini.
segala maklumat berkaitan
akan di'update'kan di sini.
sekian.





Saturday, November 22, 2008

Tragedi-Kenangan-Kehidupan Semester 3


sem 3 ni byak tragedi
byak juga kesah & kenangan
tentang hidup, cinta & inspirasi
ooppsss...xleh guna tagline tu!
ermm...byak yang aku hrungi
aku belajar tentang manusia, sikap & perangai
aku belajar tentang cinta, kejujuran & keikhlasan
aku blajar tentang kekeluargaan, konflik & penjelasan
yang pling penting, aku blajar tentang diri sndiri, kawalan & pembawakan

dalam dunia ni
ada yang nampak baik sebenarnya 'MEMANG BAIK'
ada yang nampak buruk tp sbnarnya tidak
pandangan kita mesti lebih tajam
untuk meneliti perincian insan di sekeliling kita

"senyum tak semestinya dia berbudi
tangis tak semestinya dia bersimpati
"


perlu kita ingat
ancaman dr belakang tak semestinya datang dr lawan

"kawan....kadang2 jadi lawan...
kadang-kadang lawan jadi kawan....

apalah nak disesalkan
..."


hmm...
ntah lah...
kalau dah dinamakan dunia
mcm ni la gayanye...
apa yang mampu
kita mohon perlindungan dan kekuatan dari-Nya
sememangnya

"jeritan batinku
hanya batinku saja yang dapat dengar
"

hnya kita dan DIA...



Cuti Semester

dulu time mula-mula masuk
pk2 cam lame je 3 tahun tu
tp diam da diam da abes staun stgah...
hmm...
tp aku rsa rugi sangat...
msa da berlalu, tp byak bnda aku persiakan
aku mmg sorg yg lembab sket bljar dr sesuatu
org len da dpat aku bru nk pickup
tp xpe, aku akan cuba mengolah dengan improvisasi
aku akan tengok pro-contra,
bru aku akan dapat wat kptusan.

cuti sem ni aku nk dok umah.
makan-tido!
hahahaah
tp cm xbest lak lpang sgt.
aku rsa lg bes time ngah sempit2.
dlu aku seorang yg tak suke rushing2.
tp skang tidak!
krana byak yang aku blaja dari situ.
aku blaja cmne nk handle msalah dlm keadaan kelam kelibut
sbb...smpai bila kita nk lpak kat comfort zone kn???





Projek Visual Art & Mask Making

inilah projek yang telah berjaya menghuru-harakan aku.
salah aku gak, sape suruh catch-up last minute.
hahahaha
tapi alhamdulillah,
aku berjaya siapkan DUA projek ni dalam masa 3 HARI !!!
markahnye sok xtau la.
kita dah usaha, tinggal doa ngan tawakkal je...
papepun, ni la serba sedikit yang dapat dikongsi.
artwork aku dan kawan-kawan
yang setia menginap di atas dining selama 3 MALAM.
syabas kawan-kawan !!!



niat hati nak cakap topeng greek
tp cik fifi cakap : "ape yang kamu buat ni, macam muka Sammy Vellu pun ada"
hahahaha, pandai gak cik fifi melawak !
chill cik fifi...steady !!!



artwork dari bawah : arip, aku, anas (paling kreatif), aji



ilham dari naskhah : "IKAN AJAIB"


Prolog


bibir berkumat kamit
memanjatkan syukur kepada "Tuhan Punya Dunia"
dilintaskan inspirasi untukku mencoretkan
titipan perjalanan yang bernama "Kehidupan"
yang mana bersama diri kerdil ini
aku berjalan perlahan-lahan

ku kutip tiap "Kekhilafan"
ku berusaha memperbetulkannya

ku jejak alur berliku, aku cuba lintasinya
biarpun acap kali aku jatuh dan tewas
aku cuba bangkit menyusurinya
akan ku kutip satu persatu
sesuatu yang amat bernilai...
PENGALAMAN
itulah pendidik
yang berterusan mendewasakan




Powered By Blogger