Monday, August 31, 2009

ORANG SENI ; kotor atau dikotorkan ?



aku menghambakan diri di laman seni ini
tapi apa yang menjadi persoalan
kenapa begitu kotor pandangan bila aku berdiri di sini ???
kerana aku tidak bertali leher ?
berkasut kulit ?
berambut belah tepi ?
berbaju kemeja berkolar ?

timbul lagi persoalan...
adakah manusia-manusia yang bercirikan semua itu
adalah manusia yang bersih ?
luhur hatinya ?
tulus budinya ?
putih fikirannya ?

ya, ada kenyataan...
imej mencerminkan peribadi...

ok, mari kita lihat...
jika kenyataan di atas masih relevan...
yang bertudung, berbaju kurung
tak reti bergomol dengan jantan ?
yang berkemeja dan bertali leher
tak bernafsu memasang skandal ?
yang berkot dan berkasut kulit
tak reti tengok porn movie ?

adakah...
yang berambut panjang itu
tak kenal sejadah ?
yang berseluar jeans koyak
tak reti pakai pelekat ?

imej sekarang bukan lagi untuk dinilai
malahan dijadikan topeng penutup kemaluan!
asalnya kita tetap manusia...
yang dinilai adalah keperibadian dan pemikiran...

insan seni bertemankan publisiti
macam mana gaya berak pun orang nak tau
yela...kalau cerita yang dikeluarkan
tentang orang seni yang pegi solat
buat kerja-kerja mahmudah
langgar jadual sebab sedang berjemaah...
mane boleh jual...
kena bagi keluar cerita-cerita video lucah
kahwin-cerai...
telanjang bogel...
baru la laku...

bayangkan...
orang seni tak lagi dipublisitikan
tiada lagi cerita-cerita mengenainya dikeluarkan...
kita tukar...
yang keluar cerita hari-hari adalah...
sepasang guru ditangkap khalwat di makmal komputer...
seorang pegawai dilihat bercumbuan di tepi pantai...
seorang menteri cerai talak tiga...

adakah orang seni akan dipandang senget lagi ?
adakah orang seni akan dipandang kotor lagi ?

ini semua lumrah...
masing-masing diciptakan ada tanggungjawab masing-masing...
kita bukan tuhan
yang boleh jatuhkan hukuman,
tuding jari meletakkan kesalahan pada orang lain

dah memang biasa...
susah orang nak nampak bunga yang cantik
bila di sebelahnya ada taik setepek !
taik tu dulu yang orang perhatikan...
rasanya...pernah fikir tak kenapa ???
fikirlah...



Permulaan Angka '2'



pengembaraan angka 2 bermula
adakah masih mahu kekal seperti angka 1 yang lalu?
banyak yang berubah...aku maklum...
tapi aku juga maklum...masih banyak lagi yang perlu diubah...
tahap kekurangan dan kelebihan turun dan naik
nak kekalkan memang payah...
sebab aku manusia...
bukan Intel Core 2 Quad yang boleh disetkan tahap keupayaannya...
selama menjalani angka 1
banyak yang berlaku...
tak tercoret dalam kawasan yang terhad ini
tapi dalam diri, umpama satu external hard disk yang berkapasiti sangat tinggi
menyimpan seribu satu cereka, selangit pengalaman dan selaut memori
dan angka 2 akan menjadi titik tolak penambahannya...
aku sentiasa mahu cari perubahan
kadang kala tersasar, terkhilaf...
tapi semua itu bukan alasan untuk aku berhenti mencarinya...
sebab aku tahu...ia takkan berhenti...
pejam mata, buka mata...
aku kini di angka 2...




Wednesday, August 5, 2009

Monolog Gogoh



aku buka blog anas.
dia post monolog yang dia buat untuk
kelas asas pengarahan kami.
aku terfikir nak post jugak.
bukan berlagak.
hanya nak lihat dan nilai respon daripada
sesiapa yang sudi.
sebagai panduan mengutip pengalaman.
thx anas. kau bagi aku idea yang bernas.


p/s : perhatian. uncle zali, pandangan darimu amat diharapkan.terima kasih.



GOGOH


Langit membiru. Angin sesekali mengusap dan mendinginkan lembut pipiku yang kian basah dek titisan peluh yang memercik tatkala wajahku disimbah terik mentari. Separuh dari badanku sudah dilumuri lumpur. Rindunya aku pada suasana seperti ini. Sayu tiba-tiba menerpa sanubari, mendesak ingatanku untuk kembali ke 10 tahun yang lalu. Seorang kanak-kanak kecil mengejutkan tidur seorang ayah yang kepenatan, baru pulang dari mengerah keringat, mengejar sesuap nasi. “Pak, bagun pak, jom gogoh pak, dah pukul 4 ni, bapak janji nak gogoh parit belakang tu,” desak anak kecil itu yang sememangnya dahagakan panduan dan pengalaman. Dengan himpitan keletihan, digagahi juga kudrat tuanya untuk memenuhi janji bersama anak bongsunya itu. “Kejap, bapak nak mandi dan sembahyang dulu, dalam pukul 5, kita pergi sama-sama ya?” balasnya berserta senyuman. Anak kecil itu segera mempersiapkan keperluan. Bubu disusun kemas, bekas hasil tangkapan sudah dibasuh dan disediakan, pisau dan parang disimpulkan tali dengan kemas agar mudah dibawa. Perasaan girang tidak dapat lagi disembunyikan dan terpancar di wajah anak kecil itu. Dipimpin tangan ayahnya menyusuri tebing sawah yang baru sahaja selesai dituai. Apabila sampai, anak kecil itu diajar segenap cara untuk melakukan aktiviti itu. Dengan penuh sabar, ayahnya menurunkan ilmu yang diharapkan mampu diingati dan dilakukan sendiri kelak. “Tak kisahlah kau belajar tinggi ke, kau duduk kampung ke, apa yang bapak nak, kau sentiasa ingat, di mana pun kau berdiri, di sini jugalah asal usul kau, tak semestinya bila kau dah naik kereta besar, kau tak boleh main lumpur ni lagi.” Anak kecil itu merenung sedalamnya wajah yang kian berkedut dan menampakkan urat-urat yang kian timbul berserta hembusan nafas yang laju, menggambarkan kerahan tenaga yang sebenarnya kian dihimpit kepenatan. Diselami sedalamnya maksud kata-kata ayahnya itu. Hari ini, anak kecil itu kembali ke sini selepas 10 tahun tidak bergelumang lumpur, menjejak parit, rela badannya dilumur tanah, melompat mengejar ikan yang berenang dan bersembunyi di celahan rerumput yang kering. Lalu merenung langit, bergenang air matanya mengenang semula, insan yang mengajarnya semua ini telah tiada. Tenang bersemadi di alamnya. Hati kecilku sebak berbisik “Bapak, atoi ingat semua pesan bapak. Kalau anak sawah tu, anak sawah jugak. Takkan berubah.” Jeritan abangku mengejutkan aku dari lamunan, memintas imbauan yang mengharukan. Semoga bapak tenang di sana. Anakmu sentiasa mendoakan keamanan, dan kesejahteraanmu.Amin.

Powered By Blogger