Friday, December 26, 2008

Kembali


aku bakal kembali...
Puncak Perdana
semoga mendung lekas beredar...
angin perubahan bertiup tegar...




Monday, December 22, 2008

Monday, December 15, 2008

Rezeki & Ketenangan


Inilah hobi aku
yang akan aku buat bila aku
berada dalam satu situasi yang sangat tertekan.
Aku mula bergerak ke Kolam Pancing Hj. Saleh
area pkul 11pagi bertemankan set memancing aku,
kekili Penn Slammer 360 & rod Abu Garcia Workhorse.

Lepas labuhkan umpan, fikiran aku melayang...

tak guna aku nk kenang benda yg nk pergi lame2.
ya, aku tertekan, aku kecewa, aku terkilan,
tapi sampai bila harus aku mnadah semua tu.
so, aku kumpulkan semua wajah itu,

~~~ sang puteri khayalan,
~~~~~ si kwan baik,
~~~ yang dinanti dan pergi,

semua ku sangkutkan di hujung bilah kail
then aku lontarkan sekuat dan sejauh mungkin...
even aku tau, smua tu akan datang,
mnyerang fikiran aku blik,

bila sampai masanya nanti...

menanti umpan diragut...
mengajar aku mengenal kesabaran
ya, sememangnya menanti itu kepedihan
adakalanya sampai membosankan
tapi ia mngajar aku
erti kesetiaan...

jam kedua umpan aku disambar
melihat Sang Siakap melayang ke udara selepas disentap
menghadirkan gemuruh, girang dan sorakan dri para pemancing lain.
Memang begitu lazimnya,
jika mana2 pemancing sedang melayan henjutan tarikan ikan
yang menyambar udang hidup yang terjuntai di hujung kail mereka.


Sang Siakap : 2 - 3kg seekor


Sekali lagi umpan aku diragut pada jam ketiga,
seolah menerima bonus pada masa itu.
biarpun kail hanya tercangkuk pada bibir ikan
tetapi aku berjaya juga mendaratkannya.
Aku yakin dengan kail Berkley yang aku gunakan.

Selepas 4 jam, aku check out.
Alhamdulillah.
Rezeki menyebelahi aku.
Ketenangan juga.
Biarpun aku tahu ia hanya sementara.
Cukuplah sekadar aku meredakannya buat masa ini.


Pas mancing kena la siang, pastu kena masak skali...hehehe





Sunday, December 14, 2008

Mesej + Ringkas = Kehanchoran


"sudahlah..sy pnat la cite2 sdih.."
"whatever !!!"

~puteri khayalan :: 12-12-08 :: 5.03 pm

"tlng jgn kaco org kat skeliling aku
lg.... N i want u dlete *** from ur
ms... U xde hak nk add dia...
Sppose u have 2 get my prmision
2 add all my frens in ms..."

~lalang ditiup angin :: 12-12-08 :: 3.25 am

"*** msh sygkn die.*** xtau knp.
sbb tu *** xnk trma spe2.bg ***,
ati *** hny ckp tok stu nma.klu
*** trma atoi,tp msh ingt n stay
sygkn die,bg ***,*** bkn la tbaik.
cme skg,*** cbe lpekn n buang
die jauh2 dr ati ***.ni cme
prasaan ***,tp nk blik n bsma lg,
jauh dr sdut ati.*** xnk wlupn
msh syg.."

~pungguk menunggu bulan :: 13-12-08 :: 11.46 pm


Saturday, December 13, 2008

Hancor Musnah


Berat kaki ini menghayun langkah
Mengharung derita tak pernah sudah
Impian kian hancor musnah
Jaoh dari bahgia nan indah

Pandangan-ku kian samar
Rasa-ku makin memudar
Naluri dan jiwa-ku longgar
Menanti mendung berlalu beredar

Setiap gerak di-salah tafsir
Bersama hati diri tersiseh
Irama hidup ber-lagu sedih
Entah bila akan ber-akhir

Benar aku ber-salah
Mengharap khaseh ber-bekal madah
Sedangkan diri sering ter-ngadah
Hanya mampu ter-tunduk pasrah

Aku coba mengukir senyuman
Biar-pun pahit terpaksa ku telan
Akan-ku akur meniti kehidupan
Hingga ber-cherai nyawa dan badan

*terima khaseh atas segala-nya, Puteri.
kerana membuatku jatoh kedua kali.


Wednesday, December 10, 2008

JAGUH LASAK di RTM 2



JAGUH LASAK
setiap
ISNIN - KHAMIS
jam
4.00 petang
di
RTM 2


Rancangan Khas Sempena Cuti Sekolah : Jaguh Lasak

Mulai 8 Dis – 30 Dis 2008

Setiap Isnin - Khamis Jam 4.00 hingga 4.30 Petang di RTM 2.


Cuti sekolah kembali lagi dengan pelbagai rancangan menarik bakal disiarkan di kaca TV anda khas untuk tontonan kanak-kanak sempena musim cuti sekolah ini. Kali ini, RTM akan menyiarkan sebuah program berbentuk realiti untuk golongan remaja. Jaguh Lasak merupakan rancangan majalah yang bercorak realiti terbitan Q-Plex Communication Sdn.Bhd. memaparkan ketabahan, kegigihan dan ujian minda bagi golongan remaja yang membabitkan usia lingkungan 17 hingga 21 tahun dalam menghadapi pelbagai rintangan dalam mencapai gelaran juara.

Jaguh Lasak bakal bersiaran selama setengah jam di RTM 2 pada 8 Disember hingga 30 Disember 2008 iaitu setiap hari Isnin hingga Khamis mulai jam 4.00 petang hingga 4.30 petang.

Program yang menyiarkan sebanyak 13 episod ini turut memaparkan keindahan dan panorama yang mengagumkan dengan kehijauan hutan-hutan tropika, pasir pantai yang memutih serta deruan air sungai yang deras. Program realiti Jaguh Lasak ini bermula dengan pemilihan dua belas peserta yang akan bertanding untuk merebut juara paling lasak sama ada dari segi minda dan juga fizikal.

Peserta yang terpilih terdiri daripada pelbagai latarbelakang, pendidikan, agama, gaya hidup dan sebagainya. Kedua belas peserta yang terdiri daripada enam lelaki dan enam perempuan akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Cengal, Meranti dan Jati.

Setiap kumpulan mempunyai empat peserta iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Peserta kemudiannya akan dibawa ke tempat pertandingan di sebuah lokasi yang dirahsiakan. Dalam setiap episod, dua belas peserta akan diberikan penerangan dan penjelasan mengenai peraturan pertandingan realiti yang dijelaskan oleh seorang pengacara berbakat iaitu Wan Ellyas Abdullah.

Setiap episod dalam Jaguh Lasak menyajikan adegan peserta melalui pelbagai halangan dan rintangan yang sukar dan lasak bagi menguji kekuatan fizikal dan mental peserta. Halangan yang diwujudkan memerlukan peserta merentas hutan tebal, berenang di tasik, mendaki bukit yang licin, mengangkat bebanan yang berat dan sebagainya.

Dalam episod tertentu, kumpulan yang menduduki tempat ketiga dikenakan penalti iaitu merehatkan ahlinya untuk bertarung dalam satu episod seterusnya. Pemenang di dalam setiap episod akan menerima hadiah ganjaran berupa barangan bernilai RM 1 000.

Persaingan antara tiga kumpulan tersebut telah menyebabkan kedudukan tempat pertama silih bertukar ganti.

Markah yang diperolehi oleh setiap kumpulan akan dibawa ke episod seterusnya sehinggalah kepada episod 13 iaitu episod terakhir. Kumpulan yang manakah bakal menjuarai dalam episod terakhir ?

Saksikanlah Jaguh Lasak yang bersiaran pada 8 Disember hingga 30 Disember 2008 mulai jam 4.00 hingga 4.30 petang di RTM 2. Sebuah rancangan yang megubah corak pemikiran, membangkitkan semangat setiakawan, semangat jati diri dan menguji ketahanan fizikal dan mental menerusi cabaran-cabaran yang dilontarkan kepada mereka.

Pastikan anda meluangkan musim cuti sekolah anda dengan menonton rancangan menarik sepanjang bulan November ini di RTM 2.



Sunday, December 7, 2008

Korban & Pengorbanan



KORBAN
apa yang kita telah korbankan
untuk diri kita, untuk hidup kita
atau mungkin juga untuk orang lain.
semuanya berlalu tanpa kita sedar
dalam pada kita cuba melakukan pengorbanan
tanpa kita sedar kita telah melukai mahupun dilukai

hal ini mengajar aku bahawa...
tak semua yang kita fikirkan betul adalah betul,
adakalanya kita tersilap dan tersalah.
apa yang aku pegang selama ini
sememangnya tepat...

"orang yg rasa dirinya terbaik, terbagus...
...sebenarnya adalah orang yang paling teruk"

jgn la kita hukum orang lain
hanya krana kita betul pada masa itu.
kita takde hak sebenarnya
nak jatuhkan hukuman pada orang lain.
apa yang perlu kita buat
membantu dan mnyokong dirinya
untuk mmperbetulkan segala silapnya.

"dalam satu yang kita betul,
sebenarnya ada sepuluh lg yang kita salah"

"jangan kita bangga dengan tapak yang kita pijak
ada orang lain yang memijak tapak yang lebih baik..."

tak semua pengorbanan yang kita lakukan
orang akan hargai
ada yang akan mencemuh, mencaci, memaki.
jadi biarlah yang maha kuasa
yang menilai segala pengorbanan kita
kerana hanya dia yang maha mengerti
dan maha berhak atas segalanya.

usah dikira, usah diungkit
PENGORBANAN...
biar DIA yang menilainya...

~SALAM EI'DULADHA~
mohd syaiful bahri tohet - ATOI



Thursday, December 4, 2008

Papa Yang Hero


Akhirnya, setelah 20 tahun

( mengikut kiraan mama )
akhirnya kami berjaya
memaksa papa yg liat berjalan
untuk bwak kitorang jalan.
aku tak kisah sgt, tapi kesian kat adik2 aku

ari2 pg sekolah, blik umah
pg sekolah, blik umah...

jadi aku rsa tbantut perkembangan pemikiran dorang
bukan la aku kata dorg tak pandai,
tapi dorg perlukan satu environment lain
untuk kembangkan otak dan pmikiran dorg.

so, aku ngan mama rasa
apa yg kitorang wat tak salah.
mula-mula plan nak pg dengan mama je
bawak adik2 aku...tapi ntah camne
bangun lak papa pagi2 tu ckap nk ikot.

( sebenarnya dia takut nk bg aku drive, hehe, trick berjaya!!! )

bayangkan la, da 20 tahun
baru kali ni dia nk jalan.
tu pun sbnarnya TERPAKSA!!!
tp xde hal la,
PAPA tetap hero kitorang.
lokasinya adalah
KLCC.


Hero : Papa


Plan A
PETROSAINS
sebab nak bwak adik aku mnimba ilmu.
tp sperti biasa...papa tidak bersetuju!
atas alasan...tiket masuk mhal.
"la...bukan masuk club pa..." aku bersuara.
apa la yg nk dikira sangat ngan duit tiket
utk masuk tmpat ilmu.
sambil mendapat sokongan mama,
aku cari plan baru, adik aku pun bagus,
byak mngalah ngan papa
coz dia tau, kalau dia wat hal
pasni jgn harap nk g jalan g...


Plan B
TGV CINEMAS
tgk wayang.
sian adik2 aku xpnah tgk wayang.
( abang dia da slalu, hehe...)
sekali lagi kekecohan berlaku.
tak la kcoh sgt pun.
isunye...cite ape nk tgk.
aku dn adik2 aku tbyang :

madagascar 2
bolt
antoo fighter

tapi keputusannya...
DITOLAK
atas alasan cte budak2.
( adoyai !!! )
jd ktorang mngalah la ngan papa
"layan je papa tu, amik ati dia..." mama bisik kat aku.
pale otak aku da start jem da...
sian adik aku, mngalah ngan papa dia.
( bgus adik aku nih... )

last2 tgk la cte yang dia minat sorang...



papepun...
kira ok la papa nak gak tgk wayang.

bak kata mama,
papa da pcah rekod
masuk panggung TAK tido.
hehehe
sebab mama kata
masa dorg dating dulu2
da la tgk cte yang papa sorg je minat
tp bila dlm panggung TIDO !!!
bayangkanlah betapa bosannye mama dalam tu.

kitorang plak.
bila diajak tgk cite yg kitorg tak minat
apa lagi...
sandar baek punya
1, 2, 3...TIDO...
btapa seksanya nk tnggu cite tu abes.
apa leh wat, nk jga ati org tua.
sabar je la...



Powered By Blogger