Tuesday, December 28, 2010

KIMIA :)



aku mula jatuh hati kepadamu
setelah kau kata cinta padaku
masing-masing dulu punya pasangan
akhirnya kita bersama
pertama kali kita bersua bertentang mata
terasa ada kimia di antara kita

kau kucup pipiku
kau bisikan cintamu
kau kata baby I love you
kau cairkan hati ku

bahagia,
kurasa,
disaat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu

kau kucup pipiku
kau bisikan cintamu
kau kata baby I love you
kau cairkan hati ku

bahagia,
kurasa,
disaat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu
kau seru akulah pelangi cintamu



Sunday, December 5, 2010

coming soon


my lovely BGX will be back
soon...

i'll miss you, take care of yourself.
be a good boy, with the new cloth.
i'm waiting for you.


Friday, November 26, 2010

aku tak dapat.


aku rasa sejuk.
tapi aku tak dapat nak bagi org rasa
sejuk yg aku rasa. kan?

aku letih.
tapi aku tak dapat nak bagi
org lain letih mcm aku. kan?

aku rindu.
tapi aku tak dapat nak bg org tau
mcm mana aku punya rndu. kan?

aku faham.
tapi xsmestinya aku dapat bagi
org lain phm mcm apa yg aku fham. kan?

aku gembira.
tapi aku tau aku tak dapat
bg org gmbira mcm aku. kan?

aku sayang.
tapi aku tak tau mcm mana
nak bg org faham itu. kan?

aku sedih.
...mcm biasa, aku tau,
aku xdpat bg tau org lain mcm mana rasa sedih tu.
kan?


Friday, October 29, 2010

Al-Fatihah Buat Muhammad Fauzi


semoga rohmu bersama orang2 beriman.

Tuesday, October 26, 2010

Selamat Tinggal MLM


salam. salam satu malaysia.
dah banyak kali aku gagal dalam
wat bisnes.
sampai aku terfikir aku mungkin takde bakat dalam semua tu.
tapi alhamdulillah, aku ditakdirkan berjumpa dengan AC konsortium SDN BHD.
bukan nak jadi cepat kaya, tapi nak start wat bekal u
ntuk masa depan, insya allah.
so, berbekalkan RM1 000 yang aku dapat dengan menjual PC kesayangan aku.
tak payah jual barang, tak payah carik orang.
aku bermula. semoga ditunjukkan dan memudahkan perjalanan hidup aku.
bos anda AC Mizal, yang bekerja dgn anda, artis-artis tanah air.
trutama pada student, aku syorkan perniagaan ni. jgn bazirkan duit PTPTN yang korg dapat.

check this out : www.acmizalshop.com




Saturday, October 23, 2010

Puisi ; Ya, Aku Bersalah


Bayu bertiup nyaman di pagi hari
Kabus dingin mengusap lembut roma di pipi
Segar tiap tarikan nafas yang dihembusi
Menjanjikan azimat penggerak nadi

Kelopak mataku terbuka
Lalu kelopak hatiku tersedar
Lantas memutuskan aku dengan lamunan
Tersedar aku bersama nafas yang sesak
Kabus yang segar kini kian kabur
Rona kehijauan bertukar jingga kegeringan
Hingga hilang deria jeritku, hilang...
Kering pancaran airmataku...kering...tandus...

salahkah matahari kerana memancarkan cahayanya
berdosakah hujan kerana mencurahkan isi airnya
khilafkah ombak kerana menerbitkan geloranya
kejamkah bumi kerana merekahkan daratannya

atau salahkah manusia kerana enggan merubah
dan senantiasa mengangkuhi kesalahan, dosa, khilaf dan kekejamannya...

oh tidak, kerana manusia...
adalah hamba yang paling sukar untuk mengakui
"ya, aku bersalah..."


puisi ini dicipta untuk sahabat saya
HASRUL HAZMAN pelajar UPM
untuk dipersembahkan pada projek penilaiannya.




Monday, October 4, 2010

faham.


sekian lama aku tak menjengah ke sini.tempat di mana aku rasa paling sesuai meleraikan kekusutan rasa, keluhan, rintihan yang pada aku tak dapat lagi ditampung.asalnya aku benci untuk menulis tentang itu, kerana aku tidak mahu lagi memendam apa2pun kesakitan. namun aku terlupa yang aku mempunyai segumpal hati yang memiliki seribu satu macam perasaan. dan aku sedar ruang yg segumpal itu adakalanya tidak mampu menanggung. dan aku juga perlu sedar, langit yang cerah adakalanya pasti kelam seperti siang yang akan menjengah malam. bukan aku berniat untuk memburukkan sesiapa, menambah tekanan, memerli, menyindir, jauh sekali melukakan hati sesiapa pun. hanya sekadar mahu melepaskan keluh kesah yg tidak lagi dapat aku smpan. hanya cerita tentang diri aku. ya, diri dan perasaan aku.

bila aku mula membuka kembali blog ini, aku didatangi satu perasaan seperti kembali ke rumah yang telah lama aku tinggalkan. rumah yang penuh menyimpan cerita2 suka dan duka. dan kali ini, rasa aku menjerit2 meminta aku untuk setidak-tidaknyanya meredakan apa yang berselirat. secara tidak langsung, aku seperti merenung ke arah sebuah cermin, dan aku bertanya sendirian...adakah aku begitu dan begini? adakah silap aku itu dan ini? egokah aku, tak memahamikah aku, tak sedarkah aku, lalai kah aku...ribuan malahan jutaan soalan yang menerpa ke arah ku tanpa aku mampu menjawabnya.

aku seperti orang lain, mengimpikan kebahagiaan yang sempurna, mahu menjadi yang terbaik, mahu berdiri sebagai seorang anak, teman, manusia, dan hamba yang terbaik. namun aku juga mahu orang lain tahu, yang aku bukanlah seorang yang mampu menjadi sempurna seperti yang dimahukan. ada langkah yang akan tersilap, ada arah yang tersasar. hey, aku manusia! manusia biasa! apa yang aku mampu adalah mahu dan cuba menjadi yang terbaik!

maafkan aku jika aku mula berbicara soal cinta. aku tau, ramai yang sudak muak dengan soal ini walaupun semuanya tidak mampu hidup tanpa cinta...lantaklah...aku mahu meluahkan, dan tidak berharap sesiapa pun membacanya. kalau mahu terus membacanya, terpulang. aku bersyukur apabila dikurniakan kau. pada aku anugerah yang terindah pernah aku miliki. aku dan kau sama. rasa kau dan aku sama. risau kau dan aku sama. resah kau dan aku sama. rindu kau dan aku sama. sama! tapi aku masih tak faham mengapa perkara macam ni berlaku lagi. aku tau kau muak dengan pertengkaran, kau bosan dengan perbandingan, perselisihan, pembalasan. tapi tetap juga berlaku, kerana seperti yang aku katakan tadi, kita sama! tapi kenapa kita susah nak memikirkan tentang peleraian, persefahaman, perbincangan, tolak ansur, persefahaman, sedangkan itu yang kita sama2 tau akan membawa pada kebahagiaan. bahagiakah kita jika menang dengan keegoan, pembalasan yang kita doakan, kalah menang yang kita tandingkan! kenapa itu semua yang menjadi hal penting yang difikirkan! aku mengaku, aku banyak kelemahan, aku banyak kekurangan...kerana itu aku perlukan kau! aku mahukan kau! aku tak mengeluh selain pada kau, aku tak mengadu selain pada kau! kerana aku perlukan kau! cuba faham apa yang aku katakan sebelum aku terima lentingan daripada kau. faham dulu! kau lengkapkan kehidupan aku, kau yang menjadi madu dan racun, kau yang menjadi duka dan suka, kau yang jadi ubat dan luka bagi aku. tapi kenapa amarah yang menjadi tunjang? kata-kata yang kau lemparkan, dalam diam menggigit hati aku sebenarnya...aku menangis dalam ketawa aku. aku tahan kesakitan dalam senyuman yang sehabisnya cuba aku ukirkan. jika kau katakan yang kau dah tak tau apa yang nak dibuat, kau keliru, kau kecewa...cuba kau fikirkan apa pula yang aku rasakan. pernah aku balas? pernah aku minta tuhan untuk balas segalanya? pernah aku mengadu dan mengeluh pada orang selain kau? redakan kemarahan kau, padamkan ego kau. tarik nafas, dan cuba faham dan terima apa aku katakan. sekejap masa saja.

doa kau yang minta untuk tuhan balas apa yang aku lakukan, aku sudah sedia terimanya...aku redha, ya tuhan...jika benar aku melakukan kesalahan padanya, kau makbulkanlah doanya, kau balaslah jika apa yang aku lakukan padanya adalah salah. kau makbulkan doanya. kau balaslah, aku menerimanya...

tetapi selepas itu, kau makbulkanlah pula doaku, jadikanlah aku teman yang terbaik untuk dirinya...yang terus memberinya senyuman dan ketenangan yang diharapkan olehnya...jadikanlah aku teman terbaik di saat suka dukanya...jadikanlah aku teman yang memberikan kebahagiaan kepadanya, supaya jika nyawaku ditarik kembali, aku akan tinggalkan rasa kebahagiaan yang sangat indah bersamanya...hanya itu doaku...aku terima siapa dia, bagaimana dia...kerana semuanya datang dari kesabaran yang kau anugerahkan.

aku faham resah yang kau tanggung, aku faham perhatian yang kau harapkan, aku faham segalanya...tapi andainya kau rasa aku masih gagal, aku masih lemah, aku masih tak mampu.aku mohon jgnlah aku kau tinggalkan. ingatlah janji suka duka yang mau dikongsikan, susah payah yang sama-sama mau dileraikan, bahagia yang sama-sama mau dirasakan.kita sama2 perbetulkan segalanya. itu saja aku minta.


Thursday, June 17, 2010

'Afraid' & 'Protect'



Seorang nelayan membelek bot kesayangannya
2 tahun lepas bot itu berada dalam keadaan yang amat menyedihkan
nelayan itu membawanya pulang dan menutup kembali bahagian yang bocor dan pecah
dulu air tidak berhenti menyimbah masuk, kini semakin kering
dulu rupanya buruk, kini semakin cantik
ramai yang ingin mendapatkannya..offer macam2...
malah tuan punya bot tu dulu...cuba nk amik balik...
katanya mnyesal, dulu tak jaga betul...
dah repair cantik2 nak amik balik...

siap cakap lagi, 'alah, kau jaga pun bukan betul sangat...banyak gak bocor lain yang kau buat..'
aik...pulak...

pastu ada yang cakap camni plak...'woi, kalau betul tu bot kau, knp TAKUT nak bagi balik...kau jaga bukan baik2 sangat...'
wah...macam tu...
dengan sabarnya nelayan tu cakap...

'sedare...dulu time bot tu bocor, kau biar...sampai reput, hancur bot tu...skang? nak balik...? ko gunakan orang2 kau ni supaya dapat amik balik bot kau ni...langkah mayat aku dulu...
ye, sedare...aku pun ada gak tlanggar karang, tlanggar batang kayu...tapi pastu aku repair balik...bukan tinggal je tepi sungai...bot tu kena dipimpin, balik ke jeti dengan elok...bukan suruh jalan sendiri...'

persoalannya bermula apabila nelayan itu dijeritkan...

'woi nelayan tak hensem, berani kerana benar la woi...!!!'

bagi aku, 'takut' dengan 'mempertahankan', dua perkataan yang berbeza...
tapi ntah kenapa dan macam mana orang boleh pandang sama...
owh...aku terlupa satu perkataan...
'BODOH'!!!


Saturday, May 8, 2010

SELAMAT HARI IBU



sebuah lembaran putih suci
dengan gemalai kasih kau ukirkan kehidupan
agar indah untuk menjadi sebuah kebanggaan
yang akan menjunjung maruah
hingga ke akhir zaman...

namun ada kalanya
warna yang terhasil tidak seindah yang diharapkan
mungkin kerana kedegilan, keegoan
namun tangan itu masih tidak berhenti menitipkan ukiran
malah bertambah rapi dan teliti lembaran putih itu dicorakkan...

tetapi apabila tiba masanya
semua itu hanya akan menjadi bekalan
kerana pilihan datang untuk mencapai keputusan
betul salahnya, terpulang pada bijaksananya membuat perhitungan...

dengan rasa sayang, cinta dan kasih
sekalung terima kasih aku berikan
kerana terciptanya aku dari paduan kasih cintamu
lahirnya zahir ini kerana ketabahan zahirmu
walaupun aku tahu
takkan terbalas semua itu...

bonda, selamat hari ibu...
kaulah sahabat, teman, dan kekasihku...

~MAK
~MAMA
~MAK LEHA
~IBU



Monday, April 26, 2010

Lagu Baru ; Pengertianmu



Entah sampai bila
Layar kasih kita
Kan terus bergelora
Dihembus bayu masa

Usah dibiarkan
Ia hanyut bersama
Arus nista yang menggoda
Menggoncang janji cinta kita

Fahamilah
Kata hati dan perasaanku
terhadap dirimu sayang
Mengertilah
Lisan ku yang sebenarnya
Menginginkan pengertianmu

Mengertilah hatiku
Seperti mana hatimu
Yang ingin dimengerti
Oleh ku

Lagu : Anas Ridzuan
Lirik : Syaiful Bahri




Monday, April 19, 2010

Kenangan...



INGATAN...
Menjadi MEMORI...
bercambah menjadi KENANGAN...
suatu masa nanti...mungkin bergelar NOSTALGIA...
lalu aku tersenyum...sambil hati bergenang sayu...~


Monday, March 15, 2010

Lirik Lagu Tema Asy-Syura



Kasih dan cinta

Seolah kata tanpa bicara

Kasih bersaudara

Sekadar rasa tanpa makna

Titis air mata

Jadi saksi derita setia

Biarpun berpayung mendung

Masih terasa terik panasnya

Hamparan hidupku

Bersulam tangisan dan sendu

Tuhanku…

Zahir ini tercipta dariMu

Namun batinku tidak mampu

Ku berserah padaMu

Ya tuhanku

Dengarilah keluhan dariku

Terbitkanlah cahaya hatinya

Tersulam erti Asy-Syura…


Lagu : Arriff Cardenza

Lirik : Syaiful Bahri


Wednesday, March 10, 2010

Kreadibiliti bukan Korupsi

at last, angan2 untuk persembahkan muzikal
terpaksa dilupakan...
beralih pada naskhah realism yg aku rasa
tak kurang hebatnya...(bukan sebab aku pegang watak Mid)
naskhah nukilan Dato Johan Jaafar
Asy-Syura...(nak tau sinopsis, ceritanya...datang show!)
di bawah arahan AMINAH RHAPOR.

pertamanya,
pada aku naskhah ni bagus...
sebab bagi aku ia satu hasil nukilan yang matang.
membuka fikiran, mencabar kreadibiliti sebagai seorang pelakon pentas (katanya...)
bukan aku tak suka naskhah muzikal...aku suka, sangat suka!
tapi, kawan2...kita dah banyak berangan sepanjang 5 sem lepas.
apa salahnya, kita berpijak pada bumi nyata sekarang.
menzahirkan sesuatu yang orang kata realiti...
sebab bukan setiap penjuru hidup kita ni
berbentuk ketawa dan gembira...
adakalanya kita kena rasa macam-macam rasa...

ada masa dijulang, ada masa dicampak...
ada masa diangkat, ada masa dipijak...
jadi mari kita sama-sama rasa...
tak payah lagi nak tuding-tuding jari...
aku tau ada yang tak berapa setuju...
ada yang rasa tak berbaloi...(aku pun)
tapi kita kna terima, dan mesti jadikan semua ni sebagai 'sesuatu' juga...
sebab kita dah buktikan banyak kali...
kita dah pernah buat...

so far ok,
aku merasai kelazatan naskhah ni...

aku percaya kawan-kawan aku...
aku percaya pihak pelakon dan pengurusan...
aku percaya pensyarah2 aku...
tapi, apa yang aku mintak...

TOLONG BUNUH KORUPSI !!!

siapa yang makan duit korupsi...
anak cina makan pengat, sendiri mau ingat.
ulat kubur pun muntah makan daging kalian!!!
ingat, doa insan teraniaya, mudah sangat nak diperkenankan.

wallahualam~

Bersihkan Sawang


maafkan aku, lama tak menjengah...
obsesi terhadap facebook mungkin jadi penyebab...
tapi hari ni aku kembali...
menjejakkan jemari aku pada muka papan kekunci.
ekskursi intuisi, aku kembali!!!
(nasib baik ada orang tegur,
kalau tak ntah bila aku nk bukak blog ni lagi..lalala~)

Saturday, January 23, 2010

Mestikah Ada Yang Lain ???

Mestikah ada yang lain
Perlu ku lakukan
Untuk memujuk memikat cintamu

Dan setiap kata dan lafaz
Aku ucapkan tulus
Untuk memuji memikat cintamu
Kan ku gengam..
Cintamu abadi

Andai kata
Cintamu bisa merubah
Semua kepahitan yang masih
Dirasakan sekian lama

Takkan ku biarkan
Cintamu terbiar saja
Akan ku paterikan
Dihati dalam dada..
uhh ohh..

Selagi masih ada cinta
Di antara kita
Alangkah indahnya hidupku..
Bila cinta
Biarpun dimana
Bisa dirasakan
Gementar terharum mendayu
Kaulah kan kasih cinta mencinta
Mendamai jiwa
Powered By Blogger