Saturday, October 23, 2010

Puisi ; Ya, Aku Bersalah


Bayu bertiup nyaman di pagi hari
Kabus dingin mengusap lembut roma di pipi
Segar tiap tarikan nafas yang dihembusi
Menjanjikan azimat penggerak nadi

Kelopak mataku terbuka
Lalu kelopak hatiku tersedar
Lantas memutuskan aku dengan lamunan
Tersedar aku bersama nafas yang sesak
Kabus yang segar kini kian kabur
Rona kehijauan bertukar jingga kegeringan
Hingga hilang deria jeritku, hilang...
Kering pancaran airmataku...kering...tandus...

salahkah matahari kerana memancarkan cahayanya
berdosakah hujan kerana mencurahkan isi airnya
khilafkah ombak kerana menerbitkan geloranya
kejamkah bumi kerana merekahkan daratannya

atau salahkah manusia kerana enggan merubah
dan senantiasa mengangkuhi kesalahan, dosa, khilaf dan kekejamannya...

oh tidak, kerana manusia...
adalah hamba yang paling sukar untuk mengakui
"ya, aku bersalah..."


puisi ini dicipta untuk sahabat saya
HASRUL HAZMAN pelajar UPM
untuk dipersembahkan pada projek penilaiannya.




No comments:

Powered By Blogger