Monday, October 4, 2010

faham.


sekian lama aku tak menjengah ke sini.tempat di mana aku rasa paling sesuai meleraikan kekusutan rasa, keluhan, rintihan yang pada aku tak dapat lagi ditampung.asalnya aku benci untuk menulis tentang itu, kerana aku tidak mahu lagi memendam apa2pun kesakitan. namun aku terlupa yang aku mempunyai segumpal hati yang memiliki seribu satu macam perasaan. dan aku sedar ruang yg segumpal itu adakalanya tidak mampu menanggung. dan aku juga perlu sedar, langit yang cerah adakalanya pasti kelam seperti siang yang akan menjengah malam. bukan aku berniat untuk memburukkan sesiapa, menambah tekanan, memerli, menyindir, jauh sekali melukakan hati sesiapa pun. hanya sekadar mahu melepaskan keluh kesah yg tidak lagi dapat aku smpan. hanya cerita tentang diri aku. ya, diri dan perasaan aku.

bila aku mula membuka kembali blog ini, aku didatangi satu perasaan seperti kembali ke rumah yang telah lama aku tinggalkan. rumah yang penuh menyimpan cerita2 suka dan duka. dan kali ini, rasa aku menjerit2 meminta aku untuk setidak-tidaknyanya meredakan apa yang berselirat. secara tidak langsung, aku seperti merenung ke arah sebuah cermin, dan aku bertanya sendirian...adakah aku begitu dan begini? adakah silap aku itu dan ini? egokah aku, tak memahamikah aku, tak sedarkah aku, lalai kah aku...ribuan malahan jutaan soalan yang menerpa ke arah ku tanpa aku mampu menjawabnya.

aku seperti orang lain, mengimpikan kebahagiaan yang sempurna, mahu menjadi yang terbaik, mahu berdiri sebagai seorang anak, teman, manusia, dan hamba yang terbaik. namun aku juga mahu orang lain tahu, yang aku bukanlah seorang yang mampu menjadi sempurna seperti yang dimahukan. ada langkah yang akan tersilap, ada arah yang tersasar. hey, aku manusia! manusia biasa! apa yang aku mampu adalah mahu dan cuba menjadi yang terbaik!

maafkan aku jika aku mula berbicara soal cinta. aku tau, ramai yang sudak muak dengan soal ini walaupun semuanya tidak mampu hidup tanpa cinta...lantaklah...aku mahu meluahkan, dan tidak berharap sesiapa pun membacanya. kalau mahu terus membacanya, terpulang. aku bersyukur apabila dikurniakan kau. pada aku anugerah yang terindah pernah aku miliki. aku dan kau sama. rasa kau dan aku sama. risau kau dan aku sama. resah kau dan aku sama. rindu kau dan aku sama. sama! tapi aku masih tak faham mengapa perkara macam ni berlaku lagi. aku tau kau muak dengan pertengkaran, kau bosan dengan perbandingan, perselisihan, pembalasan. tapi tetap juga berlaku, kerana seperti yang aku katakan tadi, kita sama! tapi kenapa kita susah nak memikirkan tentang peleraian, persefahaman, perbincangan, tolak ansur, persefahaman, sedangkan itu yang kita sama2 tau akan membawa pada kebahagiaan. bahagiakah kita jika menang dengan keegoan, pembalasan yang kita doakan, kalah menang yang kita tandingkan! kenapa itu semua yang menjadi hal penting yang difikirkan! aku mengaku, aku banyak kelemahan, aku banyak kekurangan...kerana itu aku perlukan kau! aku mahukan kau! aku tak mengeluh selain pada kau, aku tak mengadu selain pada kau! kerana aku perlukan kau! cuba faham apa yang aku katakan sebelum aku terima lentingan daripada kau. faham dulu! kau lengkapkan kehidupan aku, kau yang menjadi madu dan racun, kau yang menjadi duka dan suka, kau yang jadi ubat dan luka bagi aku. tapi kenapa amarah yang menjadi tunjang? kata-kata yang kau lemparkan, dalam diam menggigit hati aku sebenarnya...aku menangis dalam ketawa aku. aku tahan kesakitan dalam senyuman yang sehabisnya cuba aku ukirkan. jika kau katakan yang kau dah tak tau apa yang nak dibuat, kau keliru, kau kecewa...cuba kau fikirkan apa pula yang aku rasakan. pernah aku balas? pernah aku minta tuhan untuk balas segalanya? pernah aku mengadu dan mengeluh pada orang selain kau? redakan kemarahan kau, padamkan ego kau. tarik nafas, dan cuba faham dan terima apa aku katakan. sekejap masa saja.

doa kau yang minta untuk tuhan balas apa yang aku lakukan, aku sudah sedia terimanya...aku redha, ya tuhan...jika benar aku melakukan kesalahan padanya, kau makbulkanlah doanya, kau balaslah jika apa yang aku lakukan padanya adalah salah. kau makbulkan doanya. kau balaslah, aku menerimanya...

tetapi selepas itu, kau makbulkanlah pula doaku, jadikanlah aku teman yang terbaik untuk dirinya...yang terus memberinya senyuman dan ketenangan yang diharapkan olehnya...jadikanlah aku teman terbaik di saat suka dukanya...jadikanlah aku teman yang memberikan kebahagiaan kepadanya, supaya jika nyawaku ditarik kembali, aku akan tinggalkan rasa kebahagiaan yang sangat indah bersamanya...hanya itu doaku...aku terima siapa dia, bagaimana dia...kerana semuanya datang dari kesabaran yang kau anugerahkan.

aku faham resah yang kau tanggung, aku faham perhatian yang kau harapkan, aku faham segalanya...tapi andainya kau rasa aku masih gagal, aku masih lemah, aku masih tak mampu.aku mohon jgnlah aku kau tinggalkan. ingatlah janji suka duka yang mau dikongsikan, susah payah yang sama-sama mau dileraikan, bahagia yang sama-sama mau dirasakan.kita sama2 perbetulkan segalanya. itu saja aku minta.


No comments:

Powered By Blogger