Sunday, December 7, 2008

Korban & Pengorbanan



KORBAN
apa yang kita telah korbankan
untuk diri kita, untuk hidup kita
atau mungkin juga untuk orang lain.
semuanya berlalu tanpa kita sedar
dalam pada kita cuba melakukan pengorbanan
tanpa kita sedar kita telah melukai mahupun dilukai

hal ini mengajar aku bahawa...
tak semua yang kita fikirkan betul adalah betul,
adakalanya kita tersilap dan tersalah.
apa yang aku pegang selama ini
sememangnya tepat...

"orang yg rasa dirinya terbaik, terbagus...
...sebenarnya adalah orang yang paling teruk"

jgn la kita hukum orang lain
hanya krana kita betul pada masa itu.
kita takde hak sebenarnya
nak jatuhkan hukuman pada orang lain.
apa yang perlu kita buat
membantu dan mnyokong dirinya
untuk mmperbetulkan segala silapnya.

"dalam satu yang kita betul,
sebenarnya ada sepuluh lg yang kita salah"

"jangan kita bangga dengan tapak yang kita pijak
ada orang lain yang memijak tapak yang lebih baik..."

tak semua pengorbanan yang kita lakukan
orang akan hargai
ada yang akan mencemuh, mencaci, memaki.
jadi biarlah yang maha kuasa
yang menilai segala pengorbanan kita
kerana hanya dia yang maha mengerti
dan maha berhak atas segalanya.

usah dikira, usah diungkit
PENGORBANAN...
biar DIA yang menilainya...

~SALAM EI'DULADHA~
mohd syaiful bahri tohet - ATOI



1 comment:

Idmalina Mohamad Ideris said...

Salam kemuliaan Aidiladha...bersyukurlah kerana kau masih boleh beraya dengan family...

Powered By Blogger