There was an error in this gadget

Sunday, November 23, 2008

Aku Rindu..Paduan Irama Itu



aku rindukan irama itu
aku rindukan sayup tiupan itu
aku rindukan alunan paluan itu
aku rindukan gemersik petikan itu
aku rindukan eratnya paduan itu

tapi aku merasakan
irama itu tiba-tiba sumbang
sayup tiupan itu tiba-tiba kelam
alunan paluan itu tiba-tiba pincang
gemersik petikan itu tiba-tiba hilang
erat paduan itu tiba-tiba goyah & kian renggang
kerana sudah ada yang merasakan
mereka telah berdiri megah di satu kedudukan
sedangkan megah itu hanya menyaluti
goyah yang kian menjalar dari dalam


"bila mereka berkata TIADA,
bukannya TIADA sebenarnya,
yang TIADA ialah KATA-KATA yang benar,
kerna yang TIADA itu ialah ENGKAU"



lalu aku membawa diri
bukan bersama benci
bukan bersama dengki
tapi aku mahu mereka mencari
kemana hilangnya 'satu hati'
yang pernah sama mengukir janji
yang pernah sama perit mendaki
yang pernah sama menzahir inspirasi

aku terus menanti
aku terus memerhati
adakah berjaya mereka dapatkan kembali
satu paduan itu ?
satu hati itu ?
satu sefahaman itu ?

kerna aku telah berjanji
jika itu ditemui
aku akan kembali...



2 comments:

The way i are said...

relax ah toi..
aku akan sentiase support kau..
go² ATOI..
hee.

WIZARD said...

assalamualaikum.. The Wizard Chamber bukan kepunyaan syam alang... blog biarkan aku ke laut tu syam alang punya.. sori gambar syam dalam blog aku tu sekadar hiasan...

hisyamudin.blogspot.com--->> link blog syam