Saturday, October 17, 2009
Redup & Mendung
memperlihatkan keduanya...kejauhan
hembusan bayu yang sama
suasana yang serupa
menghadirkan rasa sayu
tenang dan mengharukan
aku mendongak sambil memejam mata
menghirup rasa yang hadir segenap penjuru
menikmati belaian...hembusan
kadangkala menyentuh pilu kalbu
sesekali aku menarik nafas
ada yang berbeza
antara menghembus bayu
dan mengendong hujan
antara menghadiahkan pelukan ketenangan
dan menghampar keresahan
sebaliknya juga berbeza
antara membawa rahmat
dan mengasyikkan
antara kekal mencurah
dan sementara meredakan...
...andai pasir itu mampu berbisik
andai pelangi itu mampu terus membias...
antara redup dan mendung
aku berdiri dan mencari...
Tuesday, September 22, 2009
Alam Muzik M. Nasir ; Ekspresi Yang Menakjubkan
aku berkesempatan menonton sebuah konsert
yang aku tak dapat menontonnya secara langsung...
tapi mungkin rezeki aku malam tu
di Astro Prima aku dapat menonton rakamannya.
aku lekas-lekas set mode 'concert hall' di amplifier aku
untuk aku merasakan suasana
seperti aku berada di panggung sari, istana budaya
sebab aku sangat frust sangat bila terlepas tiket konsert tu.
apa yang terluah dari mulut aku
hanya satu perkataan...'hebat !!!'
aku dapat menghirup rasa, sifat, dan segala elemen
lagu-lagu yang sifu dendangkan...
aku teringkat kata seorang teman, Mus...
dia memang peminat M. Nasir...
"memang puas hati konsert ni, tak rugi pegi tengok !"
aku memang akui apa yang dia cakap
walau hanya di rumah, depan TV,
aku pun merasakan perkara yang sama.
kekuatan sifu adalah ekspresinya
dia ada sesuatu yang boleh aku sifatkan sebagai magis penghibur
dia ada aura persembahan yang sangat kuat
aku sangat tertarik bila dia berinteraksi dan mengajak penonton berdiri
menikmati irama-iramanya...
aku juga terasa tergomol dengan magisnya itu.
tak keterlaluan aku katakan
dia hanya memiliki vokal yang biasa
bukan suara yang begitu lunak, merdu mahupun menakjubkan...
tapi emosi dan intipati lagu-lagunya hadir dari keluhuran rasanya
yang menjadikan pendengar terbuai dalam persembahannya.
aku kagum, dan bagi aku
itulah kunci bagi segala karya-karyanya yang telah dihasilkan selama ini
segalanya bukan kosong
tetapi ber'sesuatu'...
Monday, September 21, 2009
Monday, September 7, 2009
Apa kau nak ???
aku dah lama duduk diam
aku dah lama sabar dengan apa yang kau canang2kan
aku dah lama tutup hidung & telinga bila mengadap mulut kau yang longkang
sekarang aku nak tau
APA YANG KAU NAK ??!!!!
makin aku diam makin lahanat mulut kau
makin aku pendam makin bangsat perangai kau
aku sikit pun tak pernah rasa hasad dengki haramjadah kat kau
tapi kau tak sudah2 angkat PHD kau kat aku
APA YANG KAU NAK ??!!!!
tak pernah pun aku cuit hidup kau
kau sibuk nak gasak hidup aku...
aku tak paham dan tolong bagi aku paham !!!!
APA YANG KAU NAK ??!!!!
selepas aku, dia
selepas kami, mereka
selepas ni apa???
hilang rasa hormat aku kat kau
tak tertinggal walau sebesar titik mani sekalipun...
APA YANG KAU NAK ??!!!!
selama ni aku peluk tubuh, aku diam
aku cuba menjadi terbuka, fleksibel untuk terima kau
tapi kau???
tak ubah masam sejenis makhluk bernama BABI
binatang comel yang menyerang, menyondol dari belakang dalam diam
ditambah pulak dengan kehadiran seekor ANJING bodoh
yang berterusan menjilat pungkok BABI tersebut
tanpa rasa bersalah dan hingga hilang kebijaksanaan akalnya....
dan masih terus menjilat pungkok BABI itu
...dan aku masih lagi bertanya
APA KAU NAK ??!!!!
tak puas lagi dengan apa yang kau dah buat ?
kau kutuk orang yang pernah tolong kau...
kau pijak orang yang pernah bantu kau
bila kau dalam keadaan yang dah nak mampos !
kau lupa semua tu ?
dan sekali lagi aku tanya
APA KAU NAK ??!!!!
maaf kalau kat sini aku mengeluarkan beberapa perkataan
yang tak enak di bulan mulia ni...
tapi, aku sebagai manusia biasa
yang masih mempunyai organ bernama hati
dan perasaan dalam badan aku yang kau ludah ni
...telah hilang kesabarannya !
aku dah bagi tau
aku payah nak marah...
tapi iman aku kau uji juga
dan kau memang mintak semua gelaran ni (sensored) keluar dari mulut aku !
MEREKA YANG BERKENAAN...
aku nak kau jawab soalan aku
sebelum aku menjadi manusia yang hilang sifat kemanusiaannya !
APA YANG KAU NAK ??!!!!
Monday, August 31, 2009
ORANG SENI ; kotor atau dikotorkan ?
tapi apa yang menjadi persoalan
kenapa begitu kotor pandangan bila aku berdiri di sini ???
kerana aku tidak bertali leher ?
berkasut kulit ?
berambut belah tepi ?
berbaju kemeja berkolar ?
timbul lagi persoalan...
adakah manusia-manusia yang bercirikan semua itu
adalah manusia yang bersih ?
luhur hatinya ?
tulus budinya ?
putih fikirannya ?
ya, ada kenyataan...
imej mencerminkan peribadi...
ok, mari kita lihat...
jika kenyataan di atas masih relevan...
yang bertudung, berbaju kurung
tak reti bergomol dengan jantan ?
yang berkemeja dan bertali leher
tak bernafsu memasang skandal ?
yang berkot dan berkasut kulit
tak reti tengok porn movie ?
adakah...
yang berambut panjang itu
tak kenal sejadah ?
yang berseluar jeans koyak
tak reti pakai pelekat ?
imej sekarang bukan lagi untuk dinilai
malahan dijadikan topeng penutup kemaluan!
asalnya kita tetap manusia...
yang dinilai adalah keperibadian dan pemikiran...
insan seni bertemankan publisiti
macam mana gaya berak pun orang nak tau
yela...kalau cerita yang dikeluarkan
tentang orang seni yang pegi solat
buat kerja-kerja mahmudah
langgar jadual sebab sedang berjemaah...
mane boleh jual...
kena bagi keluar cerita-cerita video lucah
kahwin-cerai...
telanjang bogel...
baru la laku...
bayangkan...
orang seni tak lagi dipublisitikan
tiada lagi cerita-cerita mengenainya dikeluarkan...
kita tukar...
yang keluar cerita hari-hari adalah...
sepasang guru ditangkap khalwat di makmal komputer...
seorang pegawai dilihat bercumbuan di tepi pantai...
seorang menteri cerai talak tiga...
adakah orang seni akan dipandang senget lagi ?
adakah orang seni akan dipandang kotor lagi ?
ini semua lumrah...
masing-masing diciptakan ada tanggungjawab masing-masing...
kita bukan tuhan
yang boleh jatuhkan hukuman,
tuding jari meletakkan kesalahan pada orang lain
dah memang biasa...
susah orang nak nampak bunga yang cantik
bila di sebelahnya ada taik setepek !
taik tu dulu yang orang perhatikan...
rasanya...pernah fikir tak kenapa ???
fikirlah...
Permulaan Angka '2'
adakah masih mahu kekal seperti angka 1 yang lalu?
banyak yang berubah...aku maklum...
tapi aku juga maklum...masih banyak lagi yang perlu diubah...
tahap kekurangan dan kelebihan turun dan naik
nak kekalkan memang payah...
sebab aku manusia...
bukan Intel Core 2 Quad yang boleh disetkan tahap keupayaannya...
selama menjalani angka 1
banyak yang berlaku...
tak tercoret dalam kawasan yang terhad ini
tapi dalam diri, umpama satu external hard disk yang berkapasiti sangat tinggi
menyimpan seribu satu cereka, selangit pengalaman dan selaut memori
dan angka 2 akan menjadi titik tolak penambahannya...
aku sentiasa mahu cari perubahan
kadang kala tersasar, terkhilaf...
tapi semua itu bukan alasan untuk aku berhenti mencarinya...
sebab aku tahu...ia takkan berhenti...
pejam mata, buka mata...
aku kini di angka 2...
Wednesday, August 5, 2009
Monolog Gogoh
aku buka blog anas.
dia post monolog yang dia buat untuk
kelas asas pengarahan kami.
aku terfikir nak post jugak.
bukan berlagak.
hanya nak lihat dan nilai respon daripada
sesiapa yang sudi.
sebagai panduan mengutip pengalaman.
thx anas. kau bagi aku idea yang bernas.
p/s : perhatian. uncle zali, pandangan darimu amat diharapkan.terima kasih.
GOGOH
Langit membiru. Angin sesekali mengusap dan mendinginkan lembut pipiku yang kian basah dek titisan peluh yang memercik tatkala wajahku disimbah terik mentari. Separuh dari badanku sudah dilumuri lumpur. Rindunya aku pada suasana seperti ini. Sayu tiba-tiba menerpa sanubari, mendesak ingatanku untuk kembali ke 10 tahun yang lalu. Seorang kanak-kanak kecil mengejutkan tidur seorang ayah yang kepenatan, baru pulang dari mengerah keringat, mengejar sesuap nasi. “Pak, bagun pak, jom gogoh pak, dah pukul 4 ni, bapak janji nak gogoh parit belakang tu,” desak anak kecil itu yang sememangnya dahagakan panduan dan pengalaman. Dengan himpitan keletihan, digagahi juga kudrat tuanya untuk memenuhi janji bersama anak bongsunya itu. “Kejap, bapak nak mandi dan sembahyang dulu, dalam pukul 5, kita pergi sama-sama ya?” balasnya berserta senyuman. Anak kecil itu segera mempersiapkan keperluan. Bubu disusun kemas, bekas hasil tangkapan sudah dibasuh dan disediakan, pisau dan parang disimpulkan tali dengan kemas agar mudah dibawa. Perasaan girang tidak dapat lagi disembunyikan dan terpancar di wajah anak kecil itu. Dipimpin tangan ayahnya menyusuri tebing sawah yang baru sahaja selesai dituai. Apabila sampai, anak kecil itu diajar segenap cara untuk melakukan aktiviti itu. Dengan penuh sabar, ayahnya menurunkan ilmu yang diharapkan mampu diingati dan dilakukan sendiri kelak. “Tak kisahlah kau belajar tinggi ke, kau duduk kampung ke, apa yang bapak nak, kau sentiasa ingat, di mana pun kau berdiri, di sini jugalah asal usul kau, tak semestinya bila kau dah naik kereta besar, kau tak boleh main lumpur ni lagi.” Anak kecil itu merenung sedalamnya wajah yang kian berkedut dan menampakkan urat-urat yang kian timbul berserta hembusan nafas yang laju, menggambarkan kerahan tenaga yang sebenarnya kian dihimpit kepenatan. Diselami sedalamnya maksud kata-kata ayahnya itu. Hari ini, anak kecil itu kembali ke sini selepas 10 tahun tidak bergelumang lumpur, menjejak parit, rela badannya dilumur tanah, melompat mengejar ikan yang berenang dan bersembunyi di celahan rerumput yang kering. Lalu merenung langit, bergenang air matanya mengenang semula, insan yang mengajarnya semua ini telah tiada. Tenang bersemadi di alamnya. Hati kecilku sebak berbisik “Bapak, atoi ingat semua pesan bapak. Kalau anak sawah tu, anak sawah jugak. Takkan berubah.” Jeritan abangku mengejutkan aku dari lamunan, memintas imbauan yang mengharukan. Semoga bapak tenang di sana. Anakmu sentiasa mendoakan keamanan, dan kesejahteraanmu.Amin.
