Friday, April 3, 2009

MIMPI atau Bola Sepak ???



Kenapalah aku selalu kena wat pilihan
bila benda yang aku minat datang serentak....

Aku tetap kena memilih...



Sunday, March 15, 2009

Aku Tak Layak, Tapi Aku Mampu



Aku tidak layak untuk berdiri sebaris kalian
Tapi aku mampu berdiri bersama kalian

Aku tak layak bersenda bersama kalian
Tapi aku mampu ketawa bersama kalian

Aku tak layak berkongsi sesuatu dengan kalian
Tapi aku mampu memberi sesuatu kepada kalian

Ya...aku tak layak...
dengan apa yang aku ada
jika dibandingkan dengan kalian...

Tapi...aku mampu...
dengan apa yang aku miliki
untuk dibandingkan dengan kalian...

Aku bersyukur
kerana aku bukan yang terbaik seperti kalian
kerana jika aku terbaik seperti kalian
aku akan menjadi yang terburuk...
kerana, bila aku menjadi yang terburuk
aku akan sentiasa cuba menjadi yang terbaik
aku tak ingin selesa menjadi yang terbaik
sedangkan yang terbaik itu adalah yang terburuk sebenarnya...




Saturday, February 21, 2009

CD Soundtrack PGLM






BERITA BAIK !!!
kepada semua pencinta setia PGLM
CD soundtrack untuk musim ke 3 dah release...
ada 22 track, RM30...
dapatkan di kaunter cenderahati PGLM di Istana Budaya
yang akan dibuka sehingga 22 februari ni...

buat masa ni...
hanya available kat situ je...
check it out !!!


Tuesday, February 3, 2009

Semakin Hampir...






"Telah terhurai peristiwa...
Cinta teragung di puncaknya...
Ledang telah menjadi saksi...
Percintaan sejati...
Laksamana dan puteri...
Keduanya...Abadi...Cinta..."



Sunday, January 25, 2009

Perjalanan...



lama tak update.
rindu nk menaip.
bleh kta skang ni, mcm mne rupa kmputer pun aku da lupa.
hahaha.
jadual stdy bertindih2,
bekejar saban hari ke IB,
dan kemalangan di jalan pekeliling,
dan beberapa soal peribadi,
banyak menduga kesabaran...
aku redha, sebab aku tau,
semuanya berhikmah.

xlama lagi, aku akan update segalanya.
termasuk visual yang terbaru.
harap sesape yang slalu jenguk ke sini,
tak jemu untuk menantikan updatenya.

~semoga selamat semuanya~


Monday, January 12, 2009

Saksikanlah...Akan Datang...




PANGGUNG SARI
Istana Budaya, Kuala Lumpur
6 - 21 Februari 2008
RM30.00 / RM80.00 / RM120.00 / RM150.00 / RM180.00 / RM200.00 / RM230.00
*Silver Seat ( Ekslusif ) - RM 250.00
**Gold Seat ( Ekslusif ) - RM 350.00
tempahan tiket : www.axcess.com.my
laman web rasmi : www.pglthemusical.com.my



Puncak Perdana FC ke Klasik FC



jika dulu nama pasukan adalah
Puncak Perdana FC

kini nama tersebut telah ditukar kepada
Klasik FC.


beberapa perlawanan persahabatan turut terus dijalankan
disamping latihan yang semakin kerap kerana
perlawanan pembukaan Liga UiTM semakin hampir.
beberapa perjumpaan bagi post-mortem juga diadakan
bagi menyelesaikan masalah yang membabitkan para pemain
yang bergelut dengan masalah komitmen dan jadual harian yang padat.
didoakan semoga semuanya berjalan lancar.
berikut adalah keputusan terbaru :

Klasik FC vs UPM staff : 1-4
Klasik FC vs Petronas Bangi FC : 5-3

moral, kerjasama, persefahaman srta mutu permainan pasukan
semakin meningkat dan menunjukkan kesan yang positif.
semoga pasukan ini terus berjaya
mengharumkan nama Kolej Kediaman Puncak Perdana.



Powered By Blogger